Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

40) PROJEK RUMAH TERBENGKALAI

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah projek perumahan terbengkalai yang terdapat di kawasan DUN Sentosa?

    Sehingga kini Majlis Perbandaran Klang telah mengenalpasi terdapat 2 projek perumahan terbengkalai di kawasan DUN Sentosa iaitu:

    1. Lot asal 10349, Jalan Temenggung 35, Off Jalan Kebun, Klang, Selangor (nama pemaju Tetuan Chong Hin Development) untuk projek cadangan pembangunan 8 unit blok apartment kos sederhana, kos sederhana rendah di (1 unit blok terbengkalai (56 unit) dan dalam proses pemulihan semula);
    2. Lot asal 10509, Jalan Dato’ Dagang 6, Taman Sentosa, Klang, Selangor (nama pemaju Tetuan Jenfort Industries) untuk projek cadangan membina dan menyiapkan rumah teres kos sederhana dan rendah 1 tingkat di atas (34 unit terbengkalai).
  2. Senaraikan nama pemaju yang membina projek perumahan di DUN Sentosa.

  3. Sila nyatakan tindakan PBT terhadap projek perumahan terbengkalai.

    Majlis telah menyenaraikan semua projek terbengkalai di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang. Projek-projek ini akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin. Melalui Jawatankuasa ini, secara dasarnya, Majlis akan mengambil tindakan seperti berikut:

    1. Mengadakan beberapa siri mesyuarat bersama agensi pemaju asal atau penyelamat, Jabatan Insolvensi Malaysia, pelikuidasi swasta dan agensi-agensi berkaitan sekurang-kurangnya 4 kali setahun;
    2. Menyediakan laporan projek terbengkalai kepada Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) sebanyak 2 kali setahun. Laporan akan disertakan maklumat terkini projek seperti status kelulusan, status pembinaan di tapak dan isu pembangunan terbengkalai tersebut.
    3. Mengemukakan cadangan syor penyelesaian ke atas isu-isu berbangkit projek terbengkalai;

Lampiran

Tiada Lampiran.