Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

31) PROJEK RUMAH TERBENGKALAI

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah projek perumahan terbengkalai yang terdapat di kawasan DUN Sentosa sehingga tahun 2021?

    1. Terdapat 3 projek perumahan terbengkalai (belum mendapat CF/CCC) yang terdapat di kawasan DUN Sentosa sehingga tahun 2021 seperti jadual di bawah:

     

    Bil. Nama Projek
    1. Cadangan membina 36 unit rumah murah teres setingkat di atas Lot PT 60873-60885 dan 10 unit rumah murah setingkat di atas Lot PT 60870-60872, 60886-60888, 60982, 60983, 60998, 60999 (Lot asal 10509), Jalan Dato Dagang 6, Taman Sentosa, Klang Bandar Diraja, Selangor Darul Ehsan.
    2. Cadangan pembinaan 30 unit rumah teres 2 tingkat kos rendah berukuran 16’ x 55’ di atas Lot PT 69552 – PT 69566, PT-69611 (Lot asal 35651) Jalan Sentosa 6 & Lorong Sentosa 6D, Jalan Batu Unjur (Jalan Kim Chuan), KS5, Klang Bandar Diraja, Selangor Darul Ehsan.
    3. Cadangan 30 unit rumah teres 2 tingkat kos rendah berukuran 16’ x 55’ di atas Lot PT 69552-69566, PT 69597 – 69611 (Lot asal 35661), Jalan Sentosa 6 & Lorong Sentosa 6D, Jalan Batu Unjur (Jalan Kim Chuan), KS5, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan.
  2. Senaraikan nama pemaju yang membina projek perumahan yang terbengkalai di DUN Sentosa.

    1. Terdapat 3 pemaju yang membina projek perumahan yang terbengkalai di DUN Sentoasa seperti jadual dibawah:

     

    Bil. Nama Pemaju dan Alamat
    1. Tetuan Jenfort Industrial Sdn. Bhd.

    Tingkat 9, Menara Amverton,

    Garden Business Centre,

    No. 3, Jalan Istana,

    41000 Klang

    Selangor.

    2. Tetuan Commongold Services (M) Sdn. Bhd.

    No. 14, Jalan Glenmarie,

    (Persiaran Kerjaya), Seksyen U1,

    40150 Shah Alam,

    Selangor.

    3. Tetuan KLS Housing Sdn. Bhd.

    No. 26, Jalan Tengku Diauddin,

    41000 Klang

    Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.