Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

77) PROJEK RUMAH MAMPU MILIK DI KAWASAN SERI KEMBANGAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa projek/jumlah rumah mampu milik yang telah dibina dalam masa 3 tahun lepas?

    1. Untuk makluman Yang Berhormat, masih tiada projek Rumah Selangorku yang dibina di kawasan DUN Seri Kembangan dalam tempoh 2016 hingga 2018. Walau bagaimanapun, terdapat 2 projek dengan 1,189 unit Rumah Selangorku yang berhampiran dengan kawasan DUN tersebut di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) telah siap dibina berhampiran dengan kawasan tersebut dan perincian projek adalah seperti berikut:-

     

     

    Bil

     

    Pemaju / Lokasi

    Jenis / Jumlah Unit Tahun

    Siap Bina

    Pihak

    Berkuasa Tempatan

     

    1

    Rumah Selangorku Jade Hills

    Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat.

     

    714

     

    2019

     

    MPKj

     

     

    2

    Rumah Selangorku Pangsapuri D’Aplinia Taman D’ Alpinia,

    Mukim Dengkil, Daerah Sepang.

     

     

    472

     

     

    2019

     

     

    MPSp

     

    Jumlah Keseluruhan

     

    Jumlah : 1,186

       
  2. Berapa projek/jumlah rumah mampu milik yang akan dibina dalam masa 3 tahun yang akan datang? Sila nyatakan nama projek.

    1. Kerajaan Negeri telah menetapkan sebanyak 30,317 unit (68 projek) Rumah Selangorku untuk disiapkan secara berperingkat sehingga tahun 2023 (5 Tahun). Bagi kawasan yang berhampiran dengan DUN Seri Kembangan yang juga di bawah seliaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSj), sebanyak 3,270 unit (3 projek) disasarkan siap dibina dalam tempoh masa 3 tahun. Perincian projek dan sasaran siap adalah seperti berikut:-

     

     

     

    Bil

     

    Pemaju / Lokasi

    Jenis / Jumlah Unit Tahun Sasaran Siap Bina
     

    1

    Leo Vista Sdn. Bhd. (Mitrajaya) Pangsapuri Akasia Taman Puchong Perdana, Daerah Petaling.  

    Jenis C : 408

     

    2020

     

     

    2

    Hillcrest Gardens Sdn. Bhd. GRN 57646 Lot 1333 Di Taman Puchong Utama,Pekan Puchong perdana, Mukim

    Petaling, Daerah Petaling.

    Jenis B: 464

    Jenis C: 464

    Jenis D: 234

    Jumlah : 1,162

     

     

    2019

     

     

    3

    Sime Darby Putra Heights Development Sdn. Bhd.

    Hakmilik Lot 81255, Lot 81256,

    Lot 81275 & 81276 Di Putra Heights, Mukim Damansara, Daerah Petaling.

     

    Jenis C: 700

    Jenis D: 1000

    Jumlah : 1,700

     

     

    2021

     

     

    Jumlah Keseluruhan

    Jenis B : 464 Jenis C : 1,578 Jenis D : 1,234 Jumlah : 3,270  

Lampiran

Tiada Lampiran.