Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

210) PROJEK RUMAH MAMPU MILIK DI AMPANG

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status projek pembangunan yang sedang berjalan di Ampang?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

     

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 28 Februari 2023,  terdapat              14 projek dengan 2,730 unit telah diluluskan di kawasan pentadbiran             Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Daripada jumlah tersebut, 2 projek dengan 87 unit telah siap dibina dan diserahkan kunci, 2 projek dengan 206 unit  sedang dalam pembinaan dan 10 projek dengan 2,437 unit masih diperingkat perancangan.

  2. Berapa banyak unit rumah mampu milik yang akan dibina dalam projek-projek tersebut?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

     

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 28 Februari 2023,  terdapat              14 projek dengan 2,730 unit telah diluluskan di kawasan pentadbiran             Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Daripada jumlah tersebut, 2 projek dengan 87 unit telah siap dibina dan diserahkan kunci, 2 projek dengan 206 unit  sedang dalam pembinaan dan 10 projek dengan 2,437 unit masih diperingkat perancangan.

  3. Berapakah kos setiap unit dan bilakah ia akan dibuka untuk pendaftaran?

    Harga Jualan bagi setiap unit rumah yang telah dilancarkan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang adalah RM250,000.00 seunit. Perincian projek adalah seperti berikut :-

Lampiran

Tiada Lampiran.