Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

200) PROJEK RUMAH KOS RENDAH YG BELUM DIBINA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapakah pangsapuri kos rendah masih tidak dibina di tapak yang di cadangkan di Tanahmera, bersebelahan Bukit Saga S26 Shah Alam, dalam lokasi MPSJ?

    Merujuk Borang C(1) Kebenaran Merancang no. rujukan surat MPSJ.260/1/156 Jld. (26) dan pelan susunatur yang diluluskan MPSJ.(E)260/1/156 bertarikh 8 Mac 2005 kepada Outline Avenue (M) Sdn. Bhd., tiada pembangunan rumah kos rendah dicadangkan dalam pembangunan ini. Hanya rumah pangsa kos sederhana (15 unit) dan rumah pangsa kos sederhana rendah (30 unit) telah dicadangkan tetapi masih belum dibangunkan sehingga kini.

  2. Apakah status projek ini?

    Rumah pangsa kos sederhana rendah (RPKSR) dan rumah pangsa kos sederhana (RPKS) masih baru dibina.

  3. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan projek ini belum disempurnakan?

    Pihak MPSJ telah memaklumkan pemilik tanah terkini, Sri Mawar Jaya Group Holding (M) Sdn. Bhd. untuk menyegerakan pembangunan RPKSR dan RPKS merujuk surat MPSJ/JPB/100-12/6/26 (44) bertarikh 15 Januari 2016 dan salinan surat kepada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor. Pihak MPSJ akan mengeluarkan Notis Borang J(1) Notis Menghentikan Pemajuan Dan Menepati Kebenaran Merancang atau syarat-syarat pemilik tanah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.