Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

8) PROJEK RUMAH IDAMAN SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan Projek Rumah Idaman Selangor yang telah selesai dibina dan sedang dilaksanakan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Insentif Galakan Pembinaan Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku Harapan dan Rumah Idaman MBI) Pasca Covid-19 telah mula diperkenalkan pada tahun 2020. Secara keseluruhannya, sebanyak 60,084 unit Rumah Idaman MBI telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sehingga 30 Jun 2022. Sehingga 30 Jun 2022, sebanyak 1,335 unit Rumah Idaman MBI telah siap dibina dan diserahkan kunci, 4,744 unit sedang dalam pembinaan dan sebanyak             54,005 unit masih dalam peringkat perancangan.

  2. Berapakah jumlah Rumah Idaman Selangor yang telah diserahkan kepada pemilik rumah setakat ini ? Perincikan mengikut Daerah.

    Jumlah unit Rumah Idaman MBI yang telah diserahkan kepada pemilik setakat ini ialah sebanyak 1,355 unit di Daerah Hulu Langat.

Lampiran

Tiada Lampiran.