Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

311) PROJEK RANCANGAN TEBATAN BANJIR (RTB) SUNGAI BULOH FASA 2

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status semasa permohonan RTB Sungai Buloh Fasa 2 kepada Kerajaan Persekutuan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah mengemukakan permohonan bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh Fasa 2, Selangor dengan kos berjumlah RM781,844,076.00 kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui JPS Malaysia untuk permohonan projek baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) Rolling Plan ke-5. Namun demikian, projek tersebut tidak diluluskan. JPS Negeri Selangor akan mengangkat permohonan semula bagi projek baharu di bawah RMKe-13. Berikut adalah perincian Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh Fasa 2, Selangor:-

  2. Bilakah RTB Sungai Buloh Fasa 2 ini dijangka akan bermula?

    Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh Fasa 2, Selangor tidak diluluskan di bawah RMKe-12 RP ke-5 Tahun 2025. JPS Negeri Selangor akan mengangkat permohonan semula bagi projek baharu di bawah RMKe-13 (2026-2030).

Lampiran

Tiada Lampiran.