Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

358) PROJEK RANCANGAN TEBATAN BANJIR (RTB) DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah dan apakah senarai projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Negeri Selangor yang telah dikenalpasti sebagai projek sakit ?

    Untuk makluman Yang Berhormat, dua (2) daripada 14 projek dalam pelaksanaan bagi Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Negeri Selangor telah dikenalpasti sebagai projek sakit. Projek tersebut adalah seperti berikut:-

     

    Bil. Nama Projek Skop Kerja Kos

    (RM)

    Tarikh Mula

    Tarikh Siap

    Status
    1. Projek Tebatan Banjir Sungai Kandis (Fasa 2), Daerah Klang a)     Menaiktaraf sungai

    b)     Menaiktaraf jambatan

    c)     Menaiktaraf outlet structure

     

    16,111,980.00 26.5.2023

    23.5.2025

     

    EOT No. 1

    9.12.2025

    Dalam Pelaksanaan

     

    Jadual: 49%

    Sebenar: 44%

    (sehingga

    13 Februari 2025)

     

    Kelewatan projek adalah disebabkan oleh isu pengalihan utiliti (Gas Malaysia, Telekom & TNB).

    2. Membina Kolam Takungan Banjir di Lebuh Raya Shapadu Bersebelahan Taman Mutiara Bukit Raja, Daerah Klang a)     Pembinaan sistem pam

    b)     Pembinaan kolam takungan banjir

    c)     Menaiktaraf sistem saliran

    7,277,200.00 28.10.2022

    28.10.2024

     

    EOT No. 1

    6.3.2025

     

    EOT No. 2

    23.12.2025

    Dalam Pelaksanaan

     

    Jadual: 43%

    Sebenar: 37%

    (sehingga

    13 Februari 2025)

    Kelewatan projek adalah disebabkan oleh isu permit dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan perubahan reka bentuk berdasarkan keperluan di tapak.

Lampiran

Tiada Lampiran.