Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
136) PROJEK-PROJEK TERBENGKALAI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap rumah-rumah kosong yang terbiar dan terbengkalai sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan sarang penagih dadah?
Kerajaan Negeri melalui PBT menjalankan penguatkuasaan di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Notis Menghendaki Kacau Ganggu Dihapuskan dikeluarkan kepada pemilik / pemunya untuk membersihkan kawasan mereka. Sekiranya ingkar notis, kerja-kerja pembersihan akan dilaksanakan oleh PBT dan segala kos yang terlibat akan dituntut daripada pemilik. Bagi pendekatan jangka pendek, PBT menjadikan amalan kerja membersihkan rumput dan semak samun di rumah-rumah kosong yang terbiar dan terbengkalai sebanyak dua (2) kali dalam tempoh setahun bagi mengelakkan kacauganggu di kawasan perumahan tersebut.
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah tersebut dan apakah rancangan Kerajaan Negeri yang kini ada untuk membantu pembeli-pembeli dalam projek-projek yang terbengkalai?
Untuk makluman semua Yang Berhormat, sememangnya Kerajaan Negeri amat prihatin di atas nasib pembeli-pembeli rumah yang terlibat dengan projek terbengkalai. Walaupun begitu Kerajaan Negeri hanya boleh mengambil tindakan secara pentadbiran sahaja bagi membantu pembeli-pembeli tersebut. Ke arah ini Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa langkah pro aktif ke arah membantu pembeli-pembeli projek yang terbengkalai untuk memahami situasi yang mereka hadapi dan bertindak sebagai pemudah cara dalam menasihati mereka bagi mengatasi masalah yang dihadapi dalam menyalurkan aduan tersebut kepada pihak yang berkaitan seperti Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), bank dan Pihak Berkuasa Tempatan.
-
Sila nyatakan semua projek-projek terbengkalai di DUN Kota Kemuning dan rancangan membantu membangunkan semula projek perumahan terbengkalai tersebut?
Untuk makluman Yang Berhormat, berikut merupakan senarai projek–projek terbengkalai di DUN Kota Kemuning :
BIL. NAMA PROJEK ALAMAT PROJEK PEMAJU UNIT 1. Pangsapuri Rimau Indah Di Bawah Geran No. 36409, Lot No. 3783, Mukim Klang, Daerah Klang Rimau Indah Sdn Bhd 315 2. Taman Nustalgia Di Atas Lot No 2979, Jalan Sungai Long 32/13, Seksyen 32, Shah Alam Evergreen Acres Sdn Bhd 48 3. Desa Impian Seksyen 32, Shah Alam Lembah Jejak Sdn Bhd 29