Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
25) PROJEK-PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI KAJANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan projek-projek yang terbengkalai di Kajang sehingga hari ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 31 Oktober 2023 sebanyak 19 projek dan 4,781 unit projek – projek terbengkalai telah direkodkan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Berikut merupakan senarai projek terbengkalai di kawasan MPKj :-
-
Apakah tindakan yang telah diambil untuk menyelesaikan isu tersebut?
Tindakan / Kaedah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan dalam menyelesaikan isu projek terbengkalai adalah seperti berikut :-
- Kaedah yang digunakan MPKj dengan mengadakan Mesyuarat Khas membincangkan projek terbengkalai sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
- Selain itu juga terdapat projek yang difokuskan secara berperingkat dan mengikut keutamaan yang mempunyai pelikuidasi projek.
- Pihak MPKj juga memantau secara berkala kemajuan pelaksanaan projek-projek baru dan sedang dalam pembinaan bagi memastikan projek disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan sehingga Sijil PerakuanSiap dan Pematuhan (CCC) dan Borang F diperolehi atau melalui pemantauan aduan awam.