Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

3) PROJEK-PROJEK BANGUNAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Selangor telah menyatakan bahawa mereka akan meningkatkan diskaun Bumiputra bagi projek-projek bangunan dalam negeri dari tujuh (7) peratus ke sepuluh (10) peratus, apakah asas bagi peningkatan ini?

    Untuk makluman Y.B, hasil cadangan dan seterusnya perjumpaan di antara Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (REHDA) Cawangan Selangor dengan Ahli Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor pada 14 Oktober 2010 telah membincangkan keseluruhan aspek pembangunan industri perumahan di negeri Selangor. Beberapa cadangan REHDA yang dikemukakan untuk pertimbangan kerajaan negeri sedang dikaji dan diteliti oleh satu jawatankuasa yang dipersetujui oleh MTES. Kajian tersebut dibuat secara komprehensif dan mendalam dengan mengambil kira aspek kemampuan, pendapatan isirumah yang meliputi keseluruhan lapisan masyarakat. Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Y.B. Tuan Iskandar Bin Abdul Samad (EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan) sebagai pengerusi, REHDA (ahli) dan LPHS sebagai urus setia. Antara perkara- perkara yang dibangkitkan meliputi diskaun Bumiputera, kaedah pelepasan kuota Bumiputera dan industri perumahan secara keseluruhan bagi memastikan setiap rakyat di negeri Selangor mampu memiliki kediaman yang selesa untuk diduduki.

     

    Walaubagaimanapun, keputusan jawatankuasa selepas kajian mendalam dilaksanakan akan dibentangkan di dalam mesyuarat EXCO untuk kelulusan.  Keputusan jawatankuasa yang dibentangkan kelak akan mengambil kira perkara berikut :

    1. Polisi kerajaan negeri bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam industri perumahan, dan
    2. Menggalakkan penambahan dan pemilikan hartanah Bumiputera dalam industri perumahan

Lampiran

Tiada Lampiran.