Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
283) PROJEK PKPS DI HUTAN SG TENGAR UTARA DAN SG AIR TAWAR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah luas keseluruhan projek ini?
Keluasan projek kelapa sawit PKPS di kawasan Sungai Tengar Utara dan Sungai Air Tawar adalah seluas 76.89 hektar.
-
Adakah bantuan khas diberi oleh PKPS kepada pekebun-pekebun sekitar projek ini yang pendapatan merosot akibat haiwan perosak dari hutan yang diterokai
Bantuan yang diberi oleh PKPS adalah seperti berikut:
- PKPS telah sedaya upaya untuk membantu menangani masalah haiwan perosak yang mengganggu pekebun-pekebun. PKPS telah mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan Jabatan Perhilitan Sabak Bernam dan wakil penduduk tempatan untuk mengalihkan mana-mana perangkap sedia ada di kawasan lain bagi membolehkan perangkap tersebut dipasang di kawasan Sungai Tengar dan Sungai Air Tawar. Pada masa yang sama, PKPS telah menyediakan satu (1) perangkap di kawasan tersebut untuk membantu mengurangkan masalah haiwan perosak yang menganggu pekebun-pekebun. Monyet–monyet yang telah terperangkap akan dipindah oleh Jabatan Perhilitan ke lokasi lain yang lebih sesuai.
- Peluang pekerjaan kepada penduduk kawasan Sg. Tengar Utara danSungai Air Tawar di projek kelapa sawit tersebut.
-
Berapa jumlah kos yang telah dilaburkan oleh PKPS di projek tersebut?
PKPS telah menyediakan peruntukan bagi pembukaan kawasan Sungai Tengar Utara dan Sungai Air Tawar yang merangkumi kerja-kerja pembersihan kawasan sehingga kerja-kerja penanaman anak pokok kelapa sawit berjumlah RM 744,870. Peruntukan tersebut adalah menggunakan sumber dalaman PKPS sendiri.