Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
223) PROJEK PKNS
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah projek perumahan PKNS yang telah dilaksanakan dari tahun 2008 hingga 2018?
Jumlah projek perumahan PKNS yang telah dilaksanakan dari tahun 2008 hingga 2018 adalah seperti berikut :
TAHUN JENIS KOS RUMAH JUMLAH (UNIT) RENDAH/ MAMPU MILIK
SEDERHANA TINGGI 2008 107 432 262 801 2009 0 771 285 1,056 2010 180 1,379 118 1,677 2011 0 300 511 811 2012 0 928 0 928 2013 1546 670 197 2,413 2014 0 301 17 318 2015 0 0 563 563 2016 129 334 19 482 2017 278 150 0 428 2018 0 104 10 114 JUMLAH 2,240 5,369 1,982 9,591 -
Nyatakan syarat-syarat untuk memiliki rumah PKNS
Syarat-syarat untuk memiliki rumah PKNS terbahagi kepada 2 kategori seperti berikut :
Jualan Terbuka (bukan Rumah Selangorku & Kos Rendah)
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
Permohonan Rumah Selangorku & Kedai/Industri Mampu Milik
Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah memperkenalkan Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor (Rumah Selangorku) Seperti berikut :
JENIS RUMAH KELUASAN (kps) HARGA JUALAN (RM) SYARAT KELAYAKAN PENDAPATAN Rumah Selangorku Jenis A 700 42,000.00 < RM3,000.00 Rumah Selangorku Jenis B 750 100,000.00* Hingga 250,000.00*
*Penetapan harga tertakluk kepada kelulusan MMKN
< RM10,000.00 Rumah Selangorku Jenis C 800 900 18’ x 60’ Rumah Selangorku Jenis D 1,000 20’ x 60’ Selaras dengan itu, LPHS telah menambah baik Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah Selangorku (SPPRS) dan Sistem Pendaftaran Permohonan Kedai/Industri Mampu Milik (SPPKI) serta membuat penambahan syarat-syarat pendaftaran seperti berikut :
- Semua permohonan yang berdaftar sebelum tahun 2008 yang belum ditawarkan rumah dan masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku perlu mendaftar semula sebagai permohonan baru
- Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C atau D semasa membuat permohonan
- Gaji minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan tidak melebihi RM10,000.00 sebulan