Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

230) PROJEK PJ SENTRAL

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek PJ Sentral?

    Status terkini di tapak untuk kerja pembinaan substruktur dan platform adalah seperti berikut :

    Kemajuan kerja pada tarikh 31 Julai 2015

    Tarikh Mula Kerja di  tapak :  24 September 2014

    Jadual

    Tarikh Jangka Siap  : 24 Mac 2017

    Kemajuan   Projek   : 12.09%

    Sebenar

    Kemajuan Projek    : 11.67%

    Perbezaan              : -0.42%

  2. Apakah kekangan yang dihadapi menyebabkan projek ini bermasalah?

    Kekangan yang dihadapi buat masa ini adalah :

     

    1. Cadangan asal Menara 2 (Menara PKNS) iaitu bangunan pejabat PKNS dalam proses kajian semula komponen pembangunan untuk memberikan pulangan maksima kepada PKNS.
    2. Sekiranya PKNS membuat perubahan komponen pembangunan, dijangka tempoh masa tambahan selama 10 bulan dari tarikh siap asal diperlukan untuk :

     

    • ’Design schematic phase’ ( 6 bulan)
    • Pihak PJ Sentral Development juga perlu mengemukakan pindaan Kebenaran Merancang kepada MBPJ untuk kelulusan (4 bulan).

    3. Perubahan terhadap kos juga berlaku disebabkan ianya berkaitan                     dengan kemajuan bagi kerja substruktur dan platform.

  3. Apakah langkah yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi mengatasi permasalahan ini?

    Langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini adalah :

    • PKNS akan melantik perunding hartanah bagi membuat analisa dan memberikan cadangan yang sesuai bagi memberi pulangan maksima bagi projek PJ Sentral.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.