Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

50) PROJEK PJ ELEVATED CITY (DATUM-IN-CITY PJ)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini dan peratusan lengkap projek ini setakat sekarang?

     

    Perkembangan terkini projek pembangunan sebuah asrama pekerja di bawah projek Petaling Jaya Elevated City yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sejak Kebenaran Merancang untuk blok asrama tersebut diperolehi pada 12 Ogos 2013 adalah seperti berikut:

    Pakej 1:     Penyiasatan Tanah, Kerja-kerja Cerucuk dan Kerja-kerja sub-struktur.

    Kontraktor telah memulakan kerja-kerja di tapak pada 02 September 2014 dan telah mencapai 80.10% kemajuan kerja ditapak iaitu 2 hari awal daripada jadual sebenar iaitu 79.95% dan dijangka siap pada 14 November 2015.

    Pakej 2:     Kerja-kerja Superstruktur pula, PKNS dalam proses penjualan tender dan dijangka kerja tapak dimulakan pada September 2015.

    Sebanyak 2 Blok Asrama dijangka dapat disiapkan beserta ’Certificate of Completion and Compliance’ (CCC) untuk :-

    1. Blok 1 pada 31 Disember 2016
    2. Blok 2 pada 30 Jun 2017

     

    Bagi fasa pembangunan lain selain dari blok asrama pekerja, iaitu Parcel 2 dan Parcel 3 yang terdiri komponen pembangunan seperti Apartmen Perkhidmatan, blok pejabat dan ruang niaga, PKNS bercadang untuk membuka pelawaan mengemukakan cadangan pembangunan (RFP) kepada mana-mana pemaju yang berjaya disenaraipendek dari pelawaan Pra-Kelayakan yang telah dbuka dari 31 Julai 2015 hingga 21 Ogos 2015. Proses pelawaan Pra-Kelayakan ini adalah bagi memastikan setiap syarikat yang berminat mempunyai keupayaan dari segi modal insan berpengalaman, kewangan yang kukuh dan pengalaman luas dalam pelaksanaan pembangunan hartanah bernilai tinggi.

  2. Apakah jangkaan pulangan yang dijangka dapat diperolehi oleh PKNS melalui projek pembangunan ini?

    Pembangunan Datum In City dijangka akan mampu menjana Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berjumlah RM3.06 bilion dengan anggaran pulangan kepada PKNS daripada projek ini adalah dalam lingkungan 20%.

  3. Adakah terdapat cadangan untuk membina rumah Selangorku di kawasan ini?

    Komponen pembangunan Rumah Selangorku tidak disediakan di dalam cadangan pembangunan Datum In City ini kerana secara keseluruhan, tanah ini adalah untuk kegunaan pembangunan Komersial namun PKNS komited dalam usaha mencapai sasaran Kerajaan Negeri iaitu untuk menyediakan sejumlah 20,000 unit Rumah Selangorku di seluruh Negeri Selangor dalam tempoh empat (5) tahun. Untuk tempoh 2015 – 2019, PKNS bercadang untuk membina sejumlah 7,070 unit Rumah Mampu Milik di seluruh Negeri

Lampiran

Tiada Lampiran.