Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

46) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI, TAMAN SRI RAYA,CHERAS

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Rumah Kos Rendah Taman Sri Raya, Bt. 9, Cheras yang telah meterai satu Perjanjian Jual Beli (Sales and Purchase Agreement) telah pada pertengahan tahun 1989 dengan pemaju Kausar Corporation Sdn. Bhd. Kini sudah 20 tahun, rumah berkenaan masih tidak dibina. Pada hujung tahun 2008, Kerajaan Negeri memutuskan bahawa pembeli akan ditawarkan rumah alternatif dan akan memastikan pemaju membayar pampasan setimpal akibat projek terbengkalai ini. Apakah perkembangan terkini dan tindakan Kerajaan Negeri menyelesaikan kes tersebut?

  2. Pemaju KAUSAR Corporation Sdn Bhd menunjukkan rekod buruk dalam menyelesaikan projek perumahan untuk rakyat miskin. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menyenarai hitamkan pemaju tersebut bersama dengan ahli lembaga pengarahnya?

Lampiran

Tiada Lampiran.