Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
116) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI DUN MERU
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan projek-projek perumahan yang terbengkalai di Dun Meru. Sejauh ,manakah usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Lembaga Perumahan Selangor mengatasi masalah ini?
Senarai projek-projek perumahan yang terbengkalai di DUN Meru setakat 31 Oktober 2012 adalah seperti berikut:
BIL NAMA PROJEK PEMAJU UNIT LOKASI MASALAH 1. Pembangunan Bercampur
Kawasan Industri @ Industri Ringan di Lot 7215 Mukim
Kapar, Klang
Pemaju: Tiara Etika Development (M) Sdn. Bhd.
Pemaju Baru:
Fabrina Sdn. Bhd.
783 unit Di Persiaran Hamzah Alang, Meru (Selepas
Sek. Ren. Keb.
Meru, Jalan TAP,
Belakang Kilang
Merryfair Chair
System)
1) Kewanganpemaju 2) Teknikal :
Kelulusan Bekalan
Air Daripada
SYABAS
2. Projek Perumahan
Rumah Teres
Satu Tingkat,
Taman Sri
Kencana, GM
3860 Lot 2757, Mukim Kapar, Klang.
Pemaju Asal: Hyrax Property & Development Sdn.
Bhd.
Pemaju Baru:
Binalif Bina Sdn.
Bhd.
Pemaju
Penyelamat:
Sama Sejati Sdn.
Bhd.
35 Unit
Di Jalan Dusun, Berhampiran
Dengan Simpang
3 Jalan Dusun –
Jalan Durian
1) Kewanganpemaju 2) Kos Binaan
Meningkat
3) Pembeli Tidak
Bersetuju
Dikenakan Kos
Tambahan (Top
Up)
BIL NAMA PROJEK PEMAJU UNIT LOKASI MASALAH 3. Rumah Berkembar 1
Tingkat Diatas
GM 64, Lot 3756,
Jalan Kopi,
Taman Meru 1, Mukim Kapar, Klang.
Pemaju Asal : Hyrax Property & Development Sdn.
Bhd.
Pemaju Baru :
Binalif Bina Sdn.
Bhd.
Pemaju
Penyelamat:
Sama Sejati Sdn.
Bhd.
24 Unit
Tapak Projek Melalui Jalan Hj.
Abdul Latiff – Berada di belakang Kedai Perabot Jati
1) Kewanganpemaju 2) Kos Binaan
Meningkat
3) Pembeli Tidak
Bersetuju
Dikenakan Kos
Tambahan (Top
Up)
4. Rumah Teres 1 Tingkat di atas PT
48173 – PT
48210, Jalan
Jambu Air 24/KU
10, Taman Meru
Ria 2 (KU 10),
Meru, Mukim Kapar, Klang
Pemaju Asal : Hyrax Property & Development Sdn.
Bhd.
Pemaju Baru :
Binalif Bina Sdn.
Bhd.
Pemaju
Penyelamat:
Sama Sejati Sdn.
Bhd.
38 Unit
Di Jalan Belimbing, Meru
1) Kewanganpemaju 2) Kos Binaan
Meningkat
3) Pembeli Tidak
Bersetuju
Dikenakan Kos
Tambahan (Top
Up)
5. Rumah Deret 1 Tingkat di atas Lot
13567, 13568,
13569,13570,
13571 hingga
13579, Taman
Bukit Kapar,
Klang
Pemaju : Decor Mewah Sdn. Bhd. 13 Unit
Di Jalan Setia Jaya, Bukit
Kapar
1) 8 Unit Telah Siap Diduduki
Bagaimanapun
Tiada Kelulusan
Pelan
Pembangunan
Daripada PBT.
6. Rumah Teres 2 Tingkat, Jalan
Pasar malam,
Bukit Kapar,
Klang
Pemaju : Atlaw Housing Sdn. Bhd.
30 Unit
Berada Jauh Ke Dalam Dengan
Melalui Jalan
Pasar Malam
Bukit Kapar
1) Pemaju telahdigulung 2) Tiada Kelulusan
Pelan
Pembangunan
7. Projek Perumahan Jalan Dusun, Meru, di bawah Hakmilik No. EMR 4548,
No. Lot 2754,
Pemaju : Ikhtiar Corporation Sdn. Bhd.
54 Unit
Di Jalan Dusun, Berhampiran
Dengan Projek
Taman Sri Kencana, Binalif Bina Sdn. Bhd.
1) 12 Unit Telah Siap Diduduki
Bagaimanapun
Tiada Kelulusan
Pelan
Pembangunan
BIL NAMA PROJEK PEMAJU UNIT LOKASI MASALAH Mukim Kapar, Daerah Klang Daripada PBT. 8. Taman Cahaya, Batu 5 1/2, Jalan
Meru Di Atas
EMR No 3469, Lot
2129, Mukim
Kapar, Klang
Pemaju : Simpulan Cemerlang Sdn. Bhd.
154 Unit
Di Jalan Utama Meru Tambahan,
Berhampiran
Taman Meru
Jaya Lot Ke – 4
1) Pemaju telahdigulung 2) Tiada Kelulusan
Pelan
Pembangunan
9. Taman Desa Pelangi Di Atas
Lot 2664 GM
4769, Mukim
Kapar, Daerah
Klang
Pemaju : Syahira Land Sdn. Bhd. 26 Unit
Di Jalan Nenas – Lot Ke-3 Selepas Persimpangan
Jalan Nenas – Jalan Durian Di
Sebelah Kiri
1) Kewanganpemaju 2) Tiada Kelulusan
Pelan
Pembangunan
10. Desa Maru, Lot 23678 Mukim Kapar, Daerah Klang.
Pemaju : Syahira Development Sdn.
Bhd
27 Unit
Berada Jauh Ke Dalam Melalui
Jalan Abdul
Wahid, Kg. Bukit
Kapar
1) Pemaju telahdigulung 2) Tiada Kelulusan
Pelan
Pembangunan
11. Desa Sri Damai 3, Mukim Kapar, Daerah Klang.
Pemaju : RHID Development Sdn. Bhd.
26 Unit
Berada Di Sebelah Kanan
Melalui Jalan
Jambu, Tidak
Jauh Daripada
Persimpangan
Jalan Durian
1) Kewanganpemaju 2) Tiada Kelulusan
Pelan
Pembangunan
-
Berapakah bilangan unit rumah yang telah disiapkan oleh Kerajaan Selangor dan syarikat manakah yang telah mengambilalih menyiapkannya?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sentiasa berusaha mengatasi masalah projek terbengkalai di Selangor demi membela nasib pembeli-pembeli rumah terlibat walaupun bidang kuasa Kerajaan Negeri hanya terhad kepada tindakan secara pentadbiran sahaja. Kuasa pemulihan ini yang terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah ditadbir melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966. Sehubungan itu, beberapa langkah proaktif yang boleh dilaksanakan oleh LPHS ke arah membantu pembeli-pembeli dan pemaju atau pelikuidasi projek terbengkalai untuk memahami situasi yang mereka hadapi dan seterusnya bertindak sebagai pemudah cara bagi mengatasi masalah ini bersama-sama semua pihak yang berkaitan seperti KPKT, Bank, Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi Teknikal
seperti Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK), Tenaga Nasional Berhad (TNB) termasuklah usaha-usaha seperti berikut:
- Membantu pembeli menubuhkan jawatankuasa bertindak di kalangan mereka supaya tindakan yang diambil dapat diselaraskan dengan pihak berkuasa dan badan yang terlibat di mana persetujuan untuk memulihkan projek perlu diperoleh daripada sekurang-kurangnya 85% daripada pembeli.
- Mengeluarkan surat pengesahan projek terbengkalai bagi memudahkan pembeli berurusan dengan pihak bank bagi tujuan penstrukturan semula pembiayaan pinjaman pembeli dan menghentikan atau mengurangkan kadar faedah bank yang dikenakan kepada pembeli.
- Mengurusetia perbincangan secara berkala dengan pemaju terbabit bersama semua jabatan teknikal termasuk pihak bank dengan tujuan mempercepatkan pemulihan projek di samping mengenakan syarat minima bagi membolehkan projek disambung semula dengan kos tambahan yang kecil tanpa mengabaikan isu-isu keselamatan.
- Mengatur pertemuan dengan institusi kewangan sebagai pembiaya bagi melihat pendekatan yang sesuai dalam membantu pemaju-pemaju menstrukturkan semula pembiayaan titian (bridging loan) supaya projek boleh diteruskan dan seterusnya menyelesaikan masalah kewangan pemaju. Sekiranya masih gagal dan terdapat pemaju/kontraktor berwibawa yang berminat memulihkan projek berkenaan LPHS akan mengemukakan cadangan pemulihan tersebut kepada KPKT untuk membuat keputusan.
- Bagi pemaju-pemaju yang sedang dalam proses atau telah digulung, perbincangan dengan pihak Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) juga diatur dari masa ke semasa untuk menyemak sama ada LPHS boleh mencadangkan mana-mana ‘Liquidator’/Pegawai Penerima yang berwibawa mempercepatkan pemulihan semula projek terbengkalai. Bagi projek-projek yang telah diletakkan di bawah ‘Liquidator’/Pegawai Penerima pula perbincangan dijalankan bersama ‘Liquidator’/Pegawai Penerima terbabit bagi mencari kaedah terbaik dalam memulihkan projek yang terbengkalai.
- Menilai semula kos pemulihan dan mengkaji feasibility projek tersebut khususnya bagi projek yang melibatkan kenaikan kos yang bertujuan untuk memaklumkan kos tambahan yang perlu ditanggung oleh pembeli sekiranya projek itu masih ingin diteruskan.
- Memberi khidmat nasihat dan panduan mengenai tindakan yang boleh diambil oleh pembeli untuk membawa kes ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah ditadbir melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.
- Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) yang terdiri daripada Y.B. Penasihat Undang-Undang, Pengarah Eksekutif LPHS, Pembantu EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya, Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pejabat Tanah dan Daerah berkaitan, Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Insolvensi/Liquidator, Jawatankuasa Pembeli/Pemilik Rumah dan Bank terlibat yang mana dipengerusikan oleh saya sendiri telah dilaksanakan secara berjadual sejak tahun 2011 bagi membincangkan dan mendapatkan kerjasama semua pihak dalam memulihkan projek terbengkalai. Jawatankuasa ini yang diurusetia oleh LPHS juga memainkan peranan penting dalam merangka pelan pemulihan disamping membuat penilaian semula projek terbengkalai sama ada projek tersebut berdaya maju dan boleh dipulihkan. LPHS sebagai agensi pemantauan senantiasa berusaha memastikan projek terbengkalai dapat dipulihkan dan seterusnya disiapkan sehingga Sijil Layak Menduduki diperolehi.
- LPHS juga akan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri tindakantindakan penguatkuasaan yang boleh diambil demi memastikan hak pembeli terhadap hartanah mereka terjamin. Tindakan perampasan tanah boleh dibuat sekiranya wujud pelanggaran peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 seperti kegagalan membayar cukai tanah di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara (KTN) dan pelanggaran syarat di bawah Seksyen 129 Kanun yang sama. Selain itu, pengambilan tanah juga dilaksanakan sebagai usaha membolehkan projek terbengkalai dipulihkan semula dan seterusnya dimajukan secara tender.
Sehingga 31 Oktober 2012 Kerajaan Selangor telah berjaya menyiapkan sebanyak 36 projek terbengkalai yang melibatkan 15,533 unit dan pengambilalihan oleh pemaju penyelamat seperti berikut :
14 PROJEK BERLESEN DISELESAIKAN (7,481 UNIT)
NAMA PEMAJU BIL PROJEK NAMA PEMAJU UNIT PENYELAMAT 1. Pangsapuri Okid Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam
(MBSA)
Unique Creation Syarikat Perumahan Negara Berhad
(SPNB)
580 Unit 2. Projek Khalid Al-Walid 1 & 2, Klang (MBSA) Kelland Development Sdn. Bhd. SPNB 94 Unit 3. Projek Taman Puncak Jalil, Fasa 9 B, 9 C, 9F, 12, 19 dan
21 (MPSJ)
Talam Corporation Bhd. IJM Construction 1,447 Unit 4. Pangsapuri Lagoon Perdana, Subang Jaya (MPSJ) Tenaga Gagah Sdn. Bhd. IJM Construction 1,052 Unit 5. Taman Bunga Ros, Klang (MPK) Ram Developer Sdn Bhd
Construction Sdn. Bhd
Pemaju Asal 30 unit 6. Rumah Kos Rendah Taman Ukay Indah Sungai Sering,
Mukim Hulu Kelang, Daerah
Gombak (MPAJ)
Scenic Marina Sdn. Bhd. Pemaju Asal 660 Unit 7. Spring Ville, Taman Ukay Perdana, Mukim Hulu Kelang,
Daerah Gombak (MPAJ)
Ukayland Sdn Bhd IJM Construction 799 Unit 8. Projek Rumah Kos Rendah (RKR), Taman Berembang
Indah, Bandar Hulu Klang,
Daerah Gombak (MPAJ)
Tuan Tanah : Permodalan Negeri
Selangor Berhad
(PNSB)
-Projek Usahasama Pemaju : Perspektif Masa Sdn. Bhd.
Pemaju Asal 694 Unit 9. Projek Perumahan Taman Pinggiran Batu Caves,
Gombak (MPS)
Bee Teck Trading Corporation Sdn. Bhd.
Pemaju Asal 196 Unit NAMA PEMAJU BIL PROJEK NAMA PEMAJU UNIT PENYELAMAT 10. Taman Hijau Indah (MPS) Lim Chin Hin & Sons Industries S/B ECO Development Sdn Bhd 120 Unit 11. Putra Intan Kondominium (MPSp) Lembah Kerjaya Sdn Bhd Rimbun Capital Sdn Bhd 300 Unit 12. Bandar Pinggiran Cyber, Dengkil Sepang (MPSp) Perspektif Perkasa Sdn. Bhd. Pemaju Asal 319 unit 13. Taman Nilam, Mukim Ujung Permatang, Kuala Selangor
(MDKS)
Richmall Sdn. Bhd. Pemaju Asal 84 unit 14. Projek Alam Perdana, Mukim Ijok, Kuala Selangor (MDKS) Vega Builders Sdn Bhd Menteri Besar Incorporated &
Pemodalan Negeri
Selangor Berhad
1,106 JUMLAH 7,481unit BIL PROJEK NAMA PEMAJU UNIT PENYELAMAT 1. Kedai Pejabat, U5, Shah Alam (MBSA) Sama Pesona Sdn Bhd Pemaju Asal 203 Unit 2. Pangsapuri Perkhidmatan Seri Nipah, Taman Pinggiran USJ, Shah
Alam (MBSA)
LBS Bina Group Berhad Pemaju Asal 340 unit 3. Pusat Komersial, Seksyen 7, Shah Alam (MBSA) PCM Bina Sdn. Bhd Pemaju Asal 1,514 Unit 4. Apartment Seri Putri di atas Lot 48, Jalan Rama-Rama 20/2 Di Atas
Hakmilik H.S.(D) 107830, P.P. No.
509, Seksyen 20, Shah Alam
(MBSA)
Tuan Tanah : Majlis Bandaraya
Shah Alam Pemaju : Khidmat
Makmur Sdn. Bhd.
Semangat Ulung Sdn Bhd 312 Unit 5. Hotel Damansara (MBPJ) Sri Damansara S/B Sri Damansara Hotel Sdn Bhd 1 Blok 6. Rumah/Kedai 4 Tingkat Taman Serdang Perdana, Seksyen U5,
Mukim Petaling, Daerah Petaling (MPSJ)
Green Cresent Sdn. Bhd. Pemaju Asal 512 Unit 7. Pusat Perniagaan dan Pangsapuri Perkhidmatan, UEP Subang Jaya
(MPSJ)
Sanjung Utama Sdn. Bhd. Pricewaterhouse Cooper Sdn. Bhd. 1,316 Unit 8. Pangsapuri Perkhidmatan, Suria Kinrara, Kinrara, Puchong (MPSJ) Sentosa Restu Sdn. Bhd. Pemaju Asal. 1,131 Unit 9. Pangsapuri Perkhidmatan, HS(D) 50727 PT 13178, Lagoon Perdana,
Bandar Sunway (MPSJ)
Tenaga Gagah Sdn. Bhd. IJM Construction 500 Unit 10. Pembangunan Bercampur Belvedere Service Condominium
(Lagoon Perdana), HS(D) 148053,
PT 2, Pekan Penaga, Mukim
Petaling (MPSJ)
Tenaga Gagah Sdn. Bhd. IJM Construction 500 Unit 11. 1 Blok Kompleks Perniagaan, Persiaran Raja Muda Musa,
Pelabuhan Klang (MPK)
Transhabour Sdn Bhd Chestar Properties Sdn.
Bhd.
258 Unit 12. Rumah Berkembar, Jalan Sri Banang 14, Taman Sri Andalas,
URC Housing Sdn Bhd Pemaju Asal 28 Unit 22 PROJEK TANPA LESEN DISELESAIKAN (8,052 unit) NAMA PEMAJU
BIL PROJEK NAMA PEMAJU UNIT PENYELAMAT Klang (MPK) 13. Pusat Perubatan 6 Tingkat Dan 2 Tingkat Basement Tempat Letak
Kereta Di Atas PT 21154 Persiaran
Rajawali, Bukit Raja, Klang (MPK)
PNSB Acmar Sdn. Bhd. Hospital KPJ Blok 14. Rumah Sesebuah, Taman Hulu Langat Jaya (MPKj) Spring Courts Sdn Bhd OCH Properties Management Sdn. Bhd. Unit 15. Kompleks Kota Kajang, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat
(MPKj)
Windhill Development & Construction Sdn.
Bhd.
Ara Asa AdventureSdn.
Bhd.
Unit 16. Rumah Berkembar dan Rumah Teres, Taman Kosas, Mukim
Ampang, Hulu Langat (MPKj)
Koperasi Serbaguna AnakAnak Selangor Berhad
Pemaju Asal Unit 17. Rumah Teres 2 Tingkat, HSD 56918, PT 31343, Gombak (MPS)
Hartawan Pasifik Sdn. Bhd Pemaju Asal Unit 18. Kedai Pejabat Taman Prima Selayang, Batu, Gombak (MPS)
Kansas Corporation Sdn
Bhd
Pemaju Asal Unit 19. Taman Wawasan, Mukim Tanjung Karang, Daerah Kuala Selangor
(MDKS)
Radiant Hart Construction Sdn.
Bhd
Pemaju Asal Unit 20. Rumah Teres 2 Tingkat, Taman Yayasan, Mukim Kuala Selangor
(MDKS)
Pramax Sdn. Bhd. Pramax Sdn. Bhd. Unit 21. Projek Pembesaran Kampung Desa Alam Ria (MDHS) JKKK Sg Masin & Gerak Utusan
Corp. S/B
Pemaju Asal Unit 22. Projek Pembesaran Kampung Gesir Tengah, Daerah Hulu
Selangor (MDHS)
HRK Holdings Sdn. Bhd. Pemaju Asal Unit JUMLAH 8,052 unit NAMA PEMAJU