Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

187) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan projek-projek perumahan terbengkalai sejak 5 tahun yang lepas.

    Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah projek perumahan terbengkalai di Negeri Selangor sejak 5 tahun yang lepas adalah sebanyak 117 projek. Senarai projek perumahan terbengkalai mengikut pecahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti berikut :

     

    • MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM
    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU
     

    1

    Projek Perumahan Rumah Kos Rendah, Jalan Pluto U5/158, Seksyen U5, Shah Alam Tetuan Unique Creation Sdn. Bhd.
     

     

    2

    Projek Pembinaan Pangsapuri Kos Rendah dan Kos Sederhana Subang Bestari, Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U4, Shah Alam, Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling  

     

    Tetuan Juta Permai Sdn. Bhd.

     

    3

    Projek Pembinaan Pangsapuri Rimau Indah, Fasa 3, Di bawah Geran No. 36409, Lot No. 3783, Mukim Klang, Daerah Klang Tetuan Rimau Indah Sdn. Bhd. (Digulung)
     

     

    4

    Projek Pembinaan Untuk Penempatan Semula Setinggan Fasa 1 Rumah Pangsa Kos Rendah Sri Bunga Raya, 1 Blok 12 Tingkat (153 Unit) & 6 Unit Kedai, Jalan Gram U19/16, Seksyen U19, Shah Alam  

    Tetuan Atlaw Housing Sdn. Bhd. (Digulung)

     

     

    5

    Projek Perumahan Di U10 Height, Seksyen U10, P.T. 3696, Mukim Bukit Raja, Daerah Petaling  

    Tetuan Restige Group Sdn. Bhd.

     

    6

    Projek Perumahan Taman Muhamad 2, Kampung Lombong, Jalan Kebun, Mukim Klang, Daerah Klang,  

    Tetuan SPS Setia Sdn. Bhd.

     

    7

    Projek Perumahan 116 Unit Rumah di

    The      Sanctuary      Taman             Cahaya Country, Shah Alam

    Tetuan Bukit Cahaya Country Resorts Sdn. Bhd.
    8 Projek Perumahan 600 Unit Rumah di

    Taman Subang Impian, Shah Alam

    Tetuan Carol Land Corp. Sdn.

    Bhd.

     

    9

    Cadangan Projek Kos Rendah Di atas Taman Setia Warisan, Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling, Seksyen U6,

    Shah Alam

     

    Tetuan Sri Rambai Sdn. Bhd.

     

    10

    Cadangan Pembangunan Apartment Seri Putri 15 Tingkat di atas Lot 48, Jalan Rama-Rama 20/2, Seksyen 20, Bandar Shah Alam, Daerah Petaling  

    Tetuan Khidmat Makmur Sdn.

    Bhd.

     

    11

    Projek Taman Bukit Impian Di atas Plot F, Bukit Cherakah, Mukim Bukit Raja, Seksyen U10, Shah Alam Tetuan Reap & Rich Worldwide Holding Sdn. Bhd.
     

    12

    Bandar Pinggiran Shah Alam Di atas Lot 4185, Geran Mukim 5343, Mukim

    Klang, Dearah Klang

     

    Tetuan Tyss-Ain Sdn. Bhd.

    13 Pangsapuri     Andorra,     Taman     Sri

    Muda, Shah Alam

    Tetuan Newacres Sdn. Bhd.

     

    • MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU
     

     

    1

    Projek Perumahan 304 Unit Rumah Pangsa Kos Sederhana 1 Blok Tempat Letak Kereta di atas Lot PT 9195, Jalan

    PJS 2, Mukim Petaling, Daerah Petaling

     

    Tetuan TD Management Sdn.

    Bhd. (Digulung)

     

     

    2

    Pembangunan 300 Unit Pangsapuri Kos Sederhana (Fasa 2) di atas Sebahagian Tanah Kerajaan CP 51554, Kampung Sungai Kayu Ara,

    Mukim Petaling, Daerah Petaling

     

     

    Tetuan Antara Vista Sdn. Bhd

     

    3

    Pembangunan 5 Blok Pangsapuri Perkhidmatan Kos Tinggi Di Atas Lot Pt 1428, Seksyen PJU 1, Petaling Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling  

    Tetuan Dataran Mantin Sdn. Bhd. (Receivership)

     

    • MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU
     

     

    1.

    Projek Pembinaan 9 Tingkat Pangsapuri Kos Mewah 149 Unit 1Tingkat, Tempat Letak Kereta (Serdang Plaza), Di atas

    Hakmilik H.S.(D) 59980, PT 3114, Mukim Petaling, Daerah Petaling.

     

    Tetuan Serdang Plaza Baru Sdn.

    Bhd

     

    2

    Projek Perumahan Saujana Puchong (Rumah Teres Satu Tingkat) Di atas Lot PT 50610, HS(D) 143296, Mukim

    Petaling, Daerah Petaling

     

    Tetuan Expand Faxtor Sdn. Bhd. (Digulung)

     

     

    3

    Cadangan Pembinaan 244 Unit Rumah Teres di atas Sub Lot 1 hingga 244 (Fasa 5E) di atas Sebahagian Lot 48729 (16929), Taman Lestari Puchong, Mukim Petaling, Daerah Petaling  

     

    Tetuan Lestari Puchong Sdn. Bhd.

     

     

    4

    Cadangan Pembinaan 260 Unit Rumah Berkembar & Rumah Teres 2 Tingkat Fasa 9F,9B & 9C, 3 & 6 Blok Rumah Pangsa Kos Sederhana Fasa 16, Di atas

    Sebahagian Lot 51439, Taman Puncak Jalil, Mukim Petaling, Daerah Petaling

     

     

    Tetuan Maxisegar Sdn. Bhd.

     

    • MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU
    1 Taman Kencana Fasa 3, Ampang, Daerah Hulu Langat Tetuan Syarikat Jaya Kencana Sdn. Bhd. (Digulung)
     

     

     

    2

    Cadangan Menyiapkan Rancangan Perumahan 1 Blok, 10 Tingkat Dan 2 Blok 9 Tingkat Rumah Pangsa Kos Sederhana Di Atas Lot Pt4992, Kg. Pasir Tambahan Hulu Klang, Daerah Gombak, Selangor. (Estana Court

    Condominium)

     

     

    Tetuan Promista Development Sdn. Bhd. (Digulung)

     

    3

    Projek        Pembinaan       1,609        Unit

    Pangsapuri    Ukay    Bestari,     Mukim Ampang, Daerah Gombak

    Damai Bistari Sdn. Bhd. (Receivership)
    4 Taman Sri Angsana Hilir, Ampang,

    Daerah Hulu Langat

    Tetuan Kabra Holdings Sdn. Bhd.

    (Digulung)

     

    5

    Cadangan Pembangunan, 22 Unit Rumah Teres & 1 Unit Rumah Kelab di atas Lot 417-505, Jalan Hulu Klang,

    Mukim Hulu Klang, Daerah Gombak

     

    Tetuan Superview Sdn. Bhd

     

     

    6

    Projek Perumahan Nusa Mewah Villa Kondominium, Bukit Pandan HD(D) 66845 PT 2926, Mukim Ampang,

    Daerah Ulu Langat

     

    Tetuan Mudi Angkasa Sdn. Bhd. (Digulung)

     

    7

    Projek Perumahan Saga Suria, Taman Saga Ampang, Di atas Geran No. HS(M) No. 24026, PT No. 26745,

    Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat

     

    Tetuan Tegas Sejati Sdn. Bhd.

     

     

    8

    Projek Perumahan Spring Ville, HS(M) 12614, PT 643 & HS(M) 12615 PT 644,

    Bandar Ulu Klang, Tempat Batu 7 Ulu

    Klang (Ukay Perdana), Mukim Hulu Klang, Daerah Gombak

     

     

    Tetuan Ukayland Sdn. Bhd.

     

    • MAJLIS PERBANDARAN KLANG
    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU
     

    1

    Projek  Perumahan  yang Mengandungi

    4 Blok Rumah Kos Sederhana 2 Tingkat di atas Lot 6978, (Taman Sri Aman) Kampung Idaman, Mukim Klang

    Tetuan Integrated Land Recources Sdn. Bhd.

    Tetuan Teng Kong Enterprise Sdn. Bhd. (Digulung)

     

    2

    Projek Pembinaan Pangsapuri 6 Tingkat dengan Tempat Letak Kereta di Tingkat Bawah, di atas Lot 2377 (Geran

    4963), Jalan Dato’ Amar, Klang

     

    Tetuan Marl One Development Sdn. Bhd

     

     

    3

    Projek Perumahan Taman Tradisi Indah, Bandar Pinggiran Shah Alam melibatkan 50 Unit Rumah Teres Satu Tingkat di atas Lot PT 84927-Lot PT 84978, Lot Asal 4965, Jalan Masjid Sultan 9C/KS13, Mukim Klang, Daerah Klang  

     

    Tetuan Fifth Marine Development Sdn. Bhd.

     

     

     

    4

    Projek Perumahan Mengandungi 36 Unit Rumah Teres, 66 Unit Rumah Berkembar, 92 Unit Pangsapuri Kos Sederhana, 29 Unit Kedai dan 58 Unit Pangsapuri Kos Sederhana, 155 Unit Kos Rendah dan 40 Unit Pangsapuri Kos Sederhana Rendah di atas Lot PT

    68738 PM 7794 & Sebahagian Lot PT 68739 PM 7793 Mukim Klang

     

     

     

    Tetuan Perkasa Indera Sdn. Bhd.

     

    5

    Projek  Perumahan  13  Unit  Rumah  1

    Tingkat   di   atas    Lot    13567,   13568,

    13569,13570,    13571    hingga   13579,

    Taman Bukit Kapar, Daerah Klang

     

    Tetuan Decor Mewah Sdn. Bhd.

     

     

     

    6

    Projek Perumahan 14 Unit Rumah Teres Setingkat, 7 unit Banglo Setingkat, 1 Pencawang Elektrik Fasa 2 di atas Lot 44782, Jalan Tarmizi, Rantau Panjang, Mukim Kapar, Klang

    (Taman Hijrah 2)

     

     

    Tetuan Lembah Jejak Sdn. Bhd.

     

     

    7

    Projek Pembinaan Fasa 2 Apartment 1 Blok 9 Tingkat (109 Unit) dan Lain-lain Kemudahan di atas Lot PT 5124 dan 5125 (Taman Mutiara), Pulau Indah,

    Klang

     

    Tetuan Simpulan Cemerlang Sdn.

    Bhd. (Digulung)

     

    8

    Projek Perumahan di atas Lot 5128, Pulau Indah, Daerah Klang (Pangsapuri Yamin Height) Tetuan Simpulan Cemerlang Sdn.

    Bhd. (Digulung)

     

    9

    Projek Perumahan di atas Lot 5740 dan 5741, Pulau Indah, Daerah Klang (Indah Height) Tetuan Simpulan Cemerlang Sdn.

    Bhd. (Digulung)

     

     

    10

    Projek Perumahan Rumah Teres Dua Tingkat dikenali sebagai Desa Bukit Delima, di bawah Hakmilik G.M. No. 2142, Lot No. 5450, Mukim Kapar,

    Daerah Klang

     

    Tetuan Atlaw Housing Sdn. Bhd. (Digulung)

     

    11

    Projek Perumahan 54 Unit, Jalan Dusun Meru, di bawah Hakmilik No. EMR 4548, No. Lot 2754, Mukim

    Kapar, Daerah Klang

     

    Tetuan Ikhtiar Corporation Sdn.

    Bhd.

     

    12

    Projek Perumahan Taman Desa Sri Nilam, di atas Lot 5255, Pulau Indah, Mukim Klang, Daerah Klang Tetuan Rhid Development Sdn.

    Bhd. (Digulung)

     

    13

    Projek Perumahan di Taman Desa Sri Siantan, H.S.(M) 30600, GM 4519,

    Mukim Kapar, Daerah Klang

    Tetuan Rhid Development Sdn.

    Bhd. (Digulung)

     

    14

    Projek Perumahan Desa Sri Damai 3, Di atas Hakmilik No GM 2484, No Lot 3057, Mukim Kapar, Daerah Klang Tetuan Rhid Development Sdn.

    Bhd. (Digulung)

     

    15

    Projek Perumahan Rumah Teres 1 Tingkat di Tanah No. Lot EMR 8665, Lot 3834, EMR 7309, Lot 560, Telok

    Gadong, Klang (Sungai Pinang)

     

    Tetuan Lurah Pantas Sdn. Bhd. Tetuan Menang Murni Sdn. Bhd.

     

    16

    Projek Perumahan Andaman 2, di atas Lot PT 17561, Kampung Nelayan, Telok Gong, Daerah Klang  

    Tetuan Andaman Timor Sdn. Bhd.

     

    17

    Taman Cahaya, Batu 5 1/2, Jalan Meru Di Atas EMR No 3469, Lot 2129,

    Mukim Kapar, Klang

    Tetuan Simpulan Cemerlang Sdn.

    Bhd. (Digulung)

     

     

    18

    Projek Perumahan Taman Sri Kencana, GM 3850 Lot 2757, Mukim Kapar, Daerah Klang Hyrax Property & Dev. Sdn. Bhd. (nama lama)

    Binalif Bina Sdn. Bhd. (nama baru)

     

    19

    Projek Perumahan Taman Meru 1, 24 Unit Rumah Berkembar 1 Tingkat Di atas GM 64, Lot 3756, Jalan Kopi,

    Meru, Mukim Kapar, Daerah Klang

    Hyrax Property & Dev. Sdn. Bhd. (nama lama)

    Binalif Bina Sdn. Bhd. (nama baru)

     

     

    20

    Projek Perumahan Bagi Pembinaan 38 Unit Rumah Teres 1 Tingkat, Taman Meru Ria 2, Di Atas GM 3928 Lot 3750, Jalan Belimbing, Meru, Mukim Kapar,

    Daerah Klang

    Hyrax Property & Dev. Sdn. Bhd. (nama lama)

    Binalif Bina Sdn. Bhd. (nama baru)

    21 Projek Taman Desa Kencana, Mukim Kapar, Daerah Klang Suasana Ehsan Sdn. Bhd.
     

     

    22

    Cadangan Pembangunan 15 Tingkat Pangsapuri yang Mengandungi 154 Unit Kediaman, 10 Unit Ruang Perniagaan dan Tempat Letak Kenderaan Bertingkat untuk 165 petak

    di atas Lot 6684, Mukim Klang, Klang

     

     

    Tetuan Bakti Suci Properties Sdn.

    Bhd.

     

     

    23

    Cadangan 2 Blok Pangsapuri Anggerik (150 Unit) dengan surau, dewan serbaguna di atas lot PT85358,

    5 unit kedai di atas Lot PT85353- PT85357 di atas Lot PT85359 (lot Asal 1730) Jalan Sungai Udang KS 3, Mukim Klang, Daerah Klang

     

     

    Tetuan FSK Development Sdn.

    Bhd.

     

     

    24

    Cadangan Skim Perumahan Jenis Pangsapuri di atas Lot 10906-10932, 10926-10932, 10945-10955, 10957-

    10970 dan Sebahagian Lot 10956, Lengkungan Kampung Nelayan, Taman Sri Nelayan, Mukim Klang

     

     

    Tetuan Sheikh Mah Development Sdn. Bhd.

     

    • MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU
     

     

    1

    Projek Perumahan Taman Serosa Kajang, 413 (Rumah Teres 2 Tingkat Kos Sederhana, Pangsapuri 16 Tingkat Kos Sederhana dan pangsapuri 13

    Tingkat Kos Rendah) di atas Lot 4454 & 1297, Mukim Kajang, Hulu Langat.

     

    Tetuan Serosa Resources Sdn.

    Bhd. (Digulung)

     

     

    2

    Projek Perumahan Bandar Puncak Damai Semenyih (Bandar Putri Jaya), 600 Unit Pangsapuri Kos Sederhana, Mukim Ulu Semenyih, Daerah Hulu

    Langat

     

    Tetuan Duta Nilai Sdn. Bhd. (Digulung)

     

     

    3

    Projek Perumahan Taman Lingkaran

    Nur, 52 Unit Rumah Teres 1 Tingkat, Batu 12, Jalan Cheras, 43000 Kajang

    Tetuan Lingkaran Nur Sdn. Bhd. (Digulung)
     

     

    4

    Projek Perumahan di Taman Padang Tembak Yang Mengandungi 29 Unit Rumah Teres 2 Tingkat di atas sebahagian Lot 613, Mukim Kajang,

    Daerah Hulu Langat

     

    Tetuan Happy Home Development Sdn. Bhd.

     

     

    5

    Projek Perumahan di Taman Semenyih Jaya Yang Mengandungi 6 Unit Rumah Sesebuah Setingkat & 30 Unit Rumah Deret Setingkat, Lot 1621,

    Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat

     

    Tetuan Ample Development Sdn.

    Bhd.

     

     

    6

    Projek Perumahan Taman  Titiwangsa

    (Pembesaran  Kg.)  Yang Mengandungi

    80  Unit  Rumah  Teres  Kos  Rendah 1

    Tingkat dan 8 Unit Kedai 1 Tingkat, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat

     

    Tetuan Imbuhan Murni Sdn. Bhd.

     

     

    7

    Projek Perumahan 407 Unit Rumah Kos Rendah, Sederhana dan Rumah Kedai di Taman Sri Raya, Batu 9, PT14689 – 14722 dan PT 10224-10228

    Cheras, Daerah Hulu Langat

     

    Tetuan Kausar Corporation Sdn.

    Bhd. (Digulung)

     

    8

    Projek Perumahan Taman Ilham Perdana Sejoli, HS (D) 40113, PT 5520, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu

    Langat

     

    Tetuan Ukiran Mutu Sdn. Bhd.

     

    9

    Projek Perumahan Evergreen Homes Di atas HS (M) 6672, PT 9307, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat Tetuan Averise Acres Holdings Sdn. Bhd (Digulung)
     

    10

    Projek Perumahan Di Taman Kajang Villa Yang Mengandungi 1 Blok RPKR

    12  Tgkt,  600  Unit  Kediaman,   Mukim

    Kajang, Daerah Hulu Langat.

     

    Villaraya Management Sdn Bhd (Digulung)

     

     

    11

    Cadangan Perumahan Kos Rendah Pangsa 6 Tingkat 500 Unit, Kampung Sungai Tangkas Kajang (Taman Kelisa Ria, Kampung Keramat Tangkas, Jalan Reko), Mukim Kajang, Daerah

    Hulu Langat

     

     

    Tetuan TJ Plaza Sdn. Bhd. (Digulung)

     

    • MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU
     

    1

    Projek         Pembinaan        Pangsapuri Gombak Perdana Villa 10 Tingkat,

    222 Unit Seluas 1.737 Ekar, Mukim Setapak, Daerah Gombak

    Tetuan Aga Development Sdn.

    Bhd. (Digulung)

     

    2

    Projek Pembinaan Taman Selayang Mutiara (Rancangan Semula Kawasan

    Setinggan Bukit Botak) Mukim Batu, Daerah Gombak

    Tetuan Delpuri Corporation Sdn.

    Bhd. (Digulung)

     

    3

    Pembesaran Kampung Baru Kundang, 109 Unit Di Atas PT 20902 Plot 9092, Mukim Kundang, Gombak Tetuan Pembangunan Serendah Sdn. Bhd.
     

    4

    Projek Pembinaan Pangsapuri Kos Rendah (Taman Bayu) Di bawah Geran No.29858, Lot No.2980, Mukim Setapak, Daerah Gombak  

    Tetuan Tegoh Timber & Properties Sdn. Bhd.

     

    5

    Pembesaran      Kampung      Kiai      Hj Arshad, Batu 291/2, Jalan Batu Arang

    Ke Batang Berjuntai, Mukim Rawang, Daerah Gombak

     

    Tetuan Aramin Sdn. Bhd. (Digulung)

     

    6

    Projek Astana Square Service Apartment di atas HS(D) 21817 PT 1985, Bandar Selayang, Gombak Tetuan Sedaya Sdn. Bhd. (Digulung)
     

    7

    Projek Perumahan Taman Jasa Murni, GM622, 623 dan 624, Lot 2146, 2148 &

    2150, Sungai Tua,Mukim Batu,Gombak

    Tetuan Intelligent Mission Sdn.

    Bhd.

     

    8

    Projek Perumahan Taman Pusu, Rumah Teres 1 Tingkat P.M 338 Lot No. 4935, Mukim Setapak, Gombak  

    Tetuan Q-Vista Sdn. Bhd

    9 Rumah Teres 2 Tingkat, HS ( D) 56918, PT 31343, Mukim Rawang, Gombak Tetuan Hartawan Pasifik Sdn. Bhd
     

     

    10

    Perumahan Taman Pinggiran Batu Caves, 105 Unit Rumah Teres 2 Tingkat, 19 Unit Rumah Teres (RTM), 72 Unit Rumah Teres Kos Sederhana

    Seluas 4.99 Ekar Di atas Lot 1014, Mukim Batu, Daerah Gombak

     

     

    Tetuan Bee Teck Trading Corporation Sdn. Bhd.

     

    11

    Pembangunan Kampung Tengah, 246 Unit (Apartment Kos Sederhana), Di atas Lot 1874, Mukim Setapak,Gombak Tetuan Kemuncak Laksana Sdn.

    Bhd.

     

    • MAJLIS PERBANDARAN SEPANG
    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU
     

    1

    Projek Perumahan Seri Setia Height, Plot No.13, Lot 921, Mukim Labu, Daerah Sepang  

    MBO Mega Development

     

    2

    Projek Perumahan Taman Desa Sinar Salak, Membina 26 Unit Rumah Berkembar Dan 4 Unit Banglo Di P.M.

    3000, Lot 1635, Mukim Labu, Sepang

     

    Ikatan Darma Sdn. Bhd.

     

    3

    Projek Perumahan Rumah Sesebuah,

    Taman Desa Meranti, Di Atas GM 142 (EMR 6225), Lot 4406, Mukim Dengkil, Daerah Sepang

     

    Karisma Housing Development Sdn. Bhd.

     

     

    4

    Cadangan Pembangunan Bercampur, Taman Kenanga, Bandar Baru Salak tinggi, 1904 Unit Kediaman & 46 Unit Komersial Di atas Lot-Lot 3121,3123 & 3467, Mukim Dengkil, Daerah Sepang.  

    Tetuan Kumpulan Sepang Utama Sdn. Bhd.

    (Digulung)

     

    5

    Cadangan Membina 527 Unit Rumah Pangsa Kos Sederhana 7 Tingkat, Seluas 5 ekar, Taman Topaz, Dengkil Tetuan Peransang Tin Consulidated Sdn. Bhd. (Digulung)
     

    6

    Projek  Perumahan  Putra   Perdana (La Cottage), 187 Unit Rumah Teres Dua Tingkat, HS(D) 2487 PT 6250,

    Mukim Dengkil, Daerah Sepang

     

    Tetuan Intel Vest Sdn.

    Bhd.(Digulung)

    7 Taman      Lestari      Permai,      Mukim Dengkil, Daerah Sepang Tetuan Talam Corporation Sdn.

    Bhd. (Digulung)

     

     

    8

    Cadangan Membina 404 Unit Rumah Teres 1 Tingkat (Bandar Pinggiran Cyber, Cyberjaya) Di atas Sebahagian Lot 3219 HS(D) 1187, Mukim Dengkil, Daerah Sepang  

    Tetuan Perspektif Perkasa Sdn.

    Bhd.

     

     

     

    9

    Pembangunan Perumahan Yang Mengandungi     1     Blok     210     Unit

    Pangsapuri 8-10 Tingkat & 30 Unit Pangsapuri Kos Sederhana Rendah  8-

    9 Tingkat, 1 Blok 60 Unit Rumah Pangsa Kos Rendah 5 Tingkat (Putra Intan Kondominium) Di atas No. HS(M) 11427, Mukim Dengkil, Daerah Sepang

     

     

     

    Tetuan Lembah Kerjaya Sdn. Bhd. (Digulung)

     

    • MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR
    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU
     

     

    1

    Pembangunan    Bercampur    (Fasa   1

    Alam Mutiara), 924 Unit Rumah  Teres

    2 Tingkat, Rancangan Revolusi Hijau Peringkat 2 (RRHP II), Cherakah, Mukim Ijok, Daerah Kuala Selangor

    Tetuan MZ Development Sdn.

    Bhd. (Digulung)

    Pemilik Tanah: Mujur Zaman Sdn Bhd.

     

     

    2

    Projek Perumahan Di bawah Program Khas Perumahan Kos Rendah Di Taman Sungai Yu Indah, Sungai Yu, Mukim Ujung Permatang, Daerah Kuala Selangor (499 unit RKR)  

    Tetuan Syarikat Serambi Padu Sdn. Bhd.

     

    3

    Projek Perumahan Taman Kelisa (Tambahan), 46 Unit Rumah Teres Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor Tetuan Simpulan Cemerlang Sdn.

    Bhd. (Digulung)

     

    4

    Projek Perumahan Taman Seri Wangi Di Atas Lot 103, Jln Sungai Tengi Kiri, Bandar Tanjong Karang Mukim Tanjong Karang Tetuan K.A Resources Sdn. Bhd. (Lama) & Tetuan Mentera Dagang Sdn.Bhd. (Baru).
     

     

    5

    Projek Perumahan 154 Unit Rumah Teres Kos Rendah Di Taman Damai (Taman Damai II), Tanjung Karang (Fasa 1), Mukim Ujong Permatang,

    Daerah Kuala Selangor

     

    Tetuan Koperasi Seri Kota Bukit Cherakah Sdn. Bhd.

     

    6

    Projek Pembesaran Kampung melibatkan 1282 Unit, Kampung Bukit Kerayong, Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor  

    Tetuan Bumi Circle Sdn. Bhd.

     

     

    7

    Projek Pemberimilikan Tanah Secara Terancang Di bawah Program Pembesaran Kampung, Taman Desa Mawar Di atas Lot P.T. 1175, Kampung Sungai Yu, Mukim Ujong Permatang, Daerah Kuala Selangor  

    Tetuan Fokus Perkasa Sdn. Bhd. (Digulung)

     

    8

    Projek Perumahan Taman Delima Merah, Jalan Lintang, Kampung Tengah, Daerah Kuala Selangor Syahira Development Sdn. Bhd (Digulung)
     

     

    9

    Projek     Perumahan    Taman    Kelisa

    (Tambahan), 46 Unit (RS 1 Tingkat 20

    Unit-Lot 373 & RS 2 Tingkat 26 Unit-Lot

    378) Seluas 4.17 Ekar Di atas Lot 373 dan 378, Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor

     

     

    Tetuan Simpulan Cemerlang Sdn.

    Bhd. (Digulung)

     

    10

    Projek Perumahan Bandar Alam Perdana (Fasa 1), 3819 Unit Di Bandar Puncak Alam, Di atas Lot PT.2909- 2919 & PT.2934-2945 (3861), Mukim  

    Tetuan LBCN Development Sdn.

    Bhd.

     

      Ijok, Daerah Kuala Selangor  
     

     

    11

    Cadangan Memajukan Perumahan Mengandungi 24 Unit Rumah Teres Satu Tingkat & 127 Unit Kos Rendah Di atas Lot 349 & 350, Mukim Batang Berjuntai, Daerah Kuala Selangor

    (Taman Cahaya 2)

     

     

    Tetuan Rui Development Sdn.

    Bhd.

     

     

    12

    Taman Setia Budi Mengandungi 13 Unit R/Teres 2 Tkt & 13 Unit R/Kedai 2 Tkt & 38 Unit R/Teres 1 TKt Diatas Lot Asal 1222, Mukim Jeram, Daerah Kuala

    Selangor

     

     

    Tetuan Pramax Sdn. Bhd.

     

    • MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU
     

    1

    Projek Perumahan Desa Beruntung, RKR Setingkat, Mukim Ulu Yam, Daerah Hulu Selangor Tetuan Prospell Development Sdn. Bhd. (Digulung)
     

    2

    Projek    Perumahan   Taman    Lembah Beringin, PT 610, 6502, 863 & 864,

    Jalan Kerling, Mukim Sungai Gumut, Daerah Hulu Selangor

    Tetuan Lembah Beringin Sdn.

    Bhd. (Digulung)

     

     

    3

    Projek Perumahan 400 Unit Rumah Teres Setingkat Di Fasa 16A, Bukit Sentosa 3, Di Atas Sebahagian Lot

    353 Dan 1729, Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor

     

    Tetuan Maxisegar Sdn. Bhd.

     

    4

    Projek Pembesaran Kampung Desa Beringin, Jalan Kampung Jawa, Batu Dua Kuala Kerling, Mukim Kerling, Daerah Hulu Selangor Tetuan Modulex Sistem (M) Sdn.

    Bhd.

     

     

    5

    Projek Pemberimilikan Tanah Secara Terancang Di bawah Program Pembesaran Kampung Melayu Rasa Di Lot 1783, 109 Unit Rumah Banglo,

    Jalan Ampang Pechah, Mukim Rasa, Daerah Hulu Selangor

     

    Tetuan Litar Jaya Sdn. Bhd. (Digulung)

     

     

    6

    Projek Pembesaran Kampung Desa Bukit Bujang (Fasa 2 – 461 unit), HS(M) 2199, PT 1310, Kampung

    Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Daerah Hulu Selangor

    Tetuan Rampai Budi Jaya Sdn.

    Bhd.(Nama Lama) & ARK Development Sdn.Bhd (Nama Baru)

     

    7

    Projek Perumahan Tanah Lot Banglo No.2527 & 2528 dan 2529 & 2530 (The

    Genting Valley), Jalan Desa Rening, Mukim Batang Kali, Hulu Selangor

    Tetuan Jade San Reality Sdn.

    Bhd. (Digulung)

     

     

    8

    Projek Pembesaran Kampung Koskan, 43 Unit Rumah Banglo Setingkat, Jalan

    Sungai Buaya, Sungai Choh, Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor

    Tetuan Ehsanibu Sdn. Bhd. (Digulung)
     

    9

    Projek Pembesaran Kampung Mukim Serendah (Serendah Perdana), Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor Tetuan Kamsu Sdn. Bhd.
    10 Projek Erina Heights, Mukim Ulu Yam,

    Daerah Hulu Selangor

    Tetuan Coral Vista Sdn. Bhd
     

     

    11

    Projek Perumahan Taman Impiana, 22 Unit Rumah Banglo Setingkat, Di Atas H.S.(M) 358, PT 671, Kampung Bharu Sejantung, Mukim Kuala Kalumpang,

    Daerah Ulu Selangor

     

    Oridua Construction Sdn. Bhd.

     

     

    12

    Cadangan Membina 131 Unit Rumah Teres Kos Sederhana dan 16 Unit Rumah Teres Kos Rendah di atas Lot 484 & 487 (Taman Malim Mas), Mukim

    Hulu Bernam, Daerah Hulu Selangor

     

    Tetuan JK-NBA Ventures Sdn.

    Bhd. (Digulung)

     

    13

    Projek Pembesaran Kampung Desa Alam Ria, JKKK Sg Masin Genting Malek Di Atas Lot 2268, 711 & 713,

    Mukim Btg Kali, Daerah Hulu Selangor

     

    Tetuan Gerak Utusan Corp. Sdn Bhd.

    MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT

    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU
     

    1

    Projek Perumahan Di Atas Lot 175 Dan 12163, Mukim Tanjung Duabelas, Daerah Kuala Langat  

    Tetuan Jamaras (M) Sdn. Bhd.

     

    2

    Projek Perumahan Teres Satu Tingkat, Lot 2204, Tempat Batu 14 Tanjung Dua

    Belas,    Mukim    Tanjung   Dua    Belas, Daerah Kuala Langat

     

    Tetuan Aghniyak Builders Sdn.

    Bhd. (Digulung)

     

     

    3

    Projek Perumahan 25 Unit Rumah Sesebuah 1 Tingkat (Taman Visi Nusa) di atas Lot 2092, Bukit Changgang, Mukim Tanjung 12,Daerah

    Kuala Langat

     

    Tetuan Visi Nusa Corporation Sdn. Bhd.

     

     

    4

    Projek Perumahan 70 Unit Rumah Sesebuah 1 Tingkat, Taman Sijangkang Perdana Di Atas GM 2073, Lot 679, Telok Panglima Garang, Daerah Kuala Langat  

    Tetuan Atlaw Housing Sdn.

    Bhd.(Digulung)

     

    5

    Cadangan Membina Rumah Teres 1 Tingkat di atas Lot 5341, Jalan Banting, Olak Lempit-Dengkil, Mukim Tanjung 12, Bukit Changgang, Daerah Kuala  

    Tetuan Konsortium Nuri Sdn. Bhd. (Digulung)

     

      Langat  
     

     

    6

    Projek Perumahan 24 Unit Rumah Berkembar 1 Tingkat, (Taman Desa Sri Jentayu 1) di atas Plot 15, LM 276 Lot 4324, Mukim Telok Panglima Garang,

    Daerah Kuala Langat

     

    Tetuan Rhid Development Sdn.

    Bhd. (Digulung)

     

    7

    Projek Perumahan Di Bandar Saujana Putra, Di atas Lot PT.17325, Fasa 5A, 5B dan 5C Mukim Tanjung Dua Belas,

    Daerah Kuala Langat

     

    Tetuan Sanjung Hemat Sdn. Bhd.

     

     

    8

    Cadangan Membina Rumah Teres 1 Tingkat & 2 Tingkat (Fasa 1B, 3B, 1C, 3A, 3B) Di Bandar Saujana Putra di atas Sebahagian Lot PT 8594, Mukim

    Tanjung 12, Daerah Kuala Langat

     

     

    Tetuan Galian Juta Sdn. Bhd.

     

    • MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM

     

     

    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU
     

    1

    Projek    perumahan   Desa   Indrapura, Mukim Sabak Bernam, Daerah Sabak

    Bernam

    Syahira Development Sdn. Bhd. (Digulung)
  2. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan keadaan sedemikian terus berlaku?

    Punca utama yang menyebabkan projek perumahan terbengkalai terus berlaku adalah disebabkan beberapa faktor utama seperti berikut :

    i)                Viabiliti Projek

    Projek yang tidak ‘viable’ mengakibatkan sesebuah projek terbengkalai. Keadaan ini berlaku disebabkan di mana sesetengah pemaju tidak menjalankan Kajian Kemungkinan (Feasibility Study) yang menyeluruh atau kesilapan terhadap kajian kemungkinan yang dijalankan terhadap suatu projek sebelum pelaburan dibuat. Kesan akibat kesilapan kajian kemungkinan menyebabkan kos infrastruktur meningkat tinggi dan seterusnya peningkatan kos pembinaan yang mendadak sehingga menjejaskan kewangan kontraktor terbabit

     

    Lokasi projek juga merupakan salah satu pertimbangan utama pembeli dalam membeli rumah. Lokasi tidak bersesuaian menyebabkan pasaran terjejas. Ini berpunca daripada kurangnya kajian pasaran dibuat sebelum projek perumahan dimulakan. Keadaan ini akan menjejaskan kedudukan kewangan atau modal pemaju dalam memajukan projek tersebut. Akhirnya, pemaju berkenaan melepaskan tangan kerana ketidaksanggupan dalam meneruskan projek di samping bebanan kewangan yang ditanggung.

     

    ii)              Kurang Pengalaman dan Kedudukan Kewangan yang Tidak Kukuh.

     

    Berdasarkan kepada kes-kes projek terbengkalai di Negeri Selangor terdapat banyak projek terbengkalai dimiliki oleh pemaju yang kurang berpengalaman dan sumber kewangan yang tidak kukuh. Kedudukan kewangan yang lemah menyebabkan pemaju tidak mampu untuk meneruskan projek sekiranya berlaku pertambahan kos dalam masa projek dijalankan.

     

    iii)            Pengurusan

     

    Pengurusan yang lemah terutamanya pengurusan kewangan turut menyumbang kepada faktor terbengkalainya sesebuah projek perumahan. Kesilapan dalam pengiraan kos projek akan membebankan dan merugikan pihak pemaju. Contohnya, kos sebenar projek berlipat ganda daripada anggarkan sebelum pelaksanaan projek. Selain itu, harga jualan unit rumah yang tidak sesuai atau terlalu tinggi akan menyebabkan unit-unit rumah tidak terjual kerana jurang kuasa beli pembeli yang besar.

     

    Selain itu, strategi pemasaran yang lemah juga antara faktor projek perumahan terbengkalai. Keadaan ini disebabkan sumber kewangan yang diperolehi terhad daripada sejumlah kecil pembeli rumah dan ‘bridging loan’ yang membebankan pemaju. Bagi sesetengah projek perumahan, kesilapan pemilihan kontraktor yang dijalankan secara tender akan menyebabkan projek tersebut terbengkalai dan mengalami kesulitan untuk diteruskan semula.

     

    iv)               Agensi Kewangan

     

    Kos pembelian tanah yang tinggi serta faedah ‘bridging loan’ yang meningkat mengikut keadaan ekonomi semasa turut membebankan pemaju-pemaju yang tidak berpengalaman dan tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Tambahan pula, pemaju yang mengalami masalah ‘bridging loan’ lazimnya akan menampung kos projek melalui ‘progress payment’ yang diperolehi dari bank. Sekiranya berlaku masalah ke atas projek yang dibangunkan, pembiayaan akan terhenti dan ini akan mengganggu aliran tunai pemaju.

  3. Sila nyatakan apakah langkah proaktif yang diambil oleh Kerajaan bagi memastikan hak para pembeli rumah terpelihara?

    Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sentiasa berusaha mengatasi masalah projek terbengkalai di Selangor walaupun bidang kuasa Kerajaan Negeri hanya terhad kepada tindakan secara pentadbiran sahaja. Kuasa pemulihan ini yang terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah ditadbir melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)

     

    Sehubungan itu, beberapa langkah proaktif telah diambil oleh Kerajaan melalui LPHS bagi memastikan hak para pembeli rumah terpelihara adalah seperti berikut :

     

    • Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) yang terdiri daripada Y.B. Penasihat Undang-Undang, Pengarah Eksekutif LPHS, Pembantu EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya, Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pejabat Tanah dan Daerah berkaitan, Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Insolvensi/Liquidator, Jawatankuasa Pembeli/Pemilik Rumah dan Bank terlibat yang mana dipengerusikan oleh saya sendiri telah dilaksanakan secara berjadual bagi membincangkan dan mendapatkan kerjasama semua pihak dalam memulihkan projek terbengkalai. Jawatankuasa ini yang diurusetia oleh LPHS juga memainkan peranan penting dalam merangka pelan pemulihan di samping membuat penilaian semula projek terbengkalai sama ada projek tersebut berdaya maju dan boleh dipulihkan. LPHS sebagai agensi pemantauan senantiasa berusaha memastikan projek terbengkalai dapat dipulihkan dan seterusnya dapat disiapkan sehingga Sijil Layak Menduduki

     

    • Membantu pembeli menubuhkan jawatankuasa bertindak supaya tindakan yang diambil dapat diselaraskan dengan pihak berkuasa dan badan yang terlibat di mana persetujuan untuk memulihkan perlu diperoleh daripada sekurang-kurangnya 85% daripada

     

    • LPHS berperanan bagi mengeluarkan surat pengesahan projek terbengkalai supaya pembeli dapat berurusan dengan pihak bank bagi menstrukturkan semula atau pengurangan bayaran bulanan daripada pembiaya atau

     

    • LPHS juga mengadakan perbincangan bersama pelikuidasi (liquidator) terbabit bagi mencari kaedah terbaik dalam memulihkan projek yang terbengkalai.

     

    • LPHS turut mengadakan perbincangan dengan semua jabatan teknikal seperti SYABAS, TNB, IWK dan agensi berkaitan dengan tujuan mempercepatkan pemulihan projek di samping mengenakan syarat minima bagi membolehkan projek disambung semula dengan kos tambahan yang kecil tanpa mengabaikan isu-isu
    • Mengatur pertemuan dengan institusi kewangan sebagai pembiaya bagi melihat pendekatan yang sesuai dalam membantu pembeli bagi menstrukturkan semula pembiayaan titian (bridging loan) supaya projek

     

    boleh diteruskan dan seterusnya menyelesaikan masalah kewangan pembeli

     

    • Sekiranya projek ini melibatkan kenaikan kos, LPHS akan melantik Juruukur Bahan untuk membuat penilaian semula kos pemulihan projek tersebut yang bertujuan untuk memaklumkan kos tambahan yang perlu ditanggung oleh pembeli sekiranya projek ini ingin

     

    • Sekiranya projek ini menghadapi defisit kos pemulihan, LPHS akan mengemukakan cadangan pemulihan daripada kontraktor yang berminat dan berwibawa kepada KPKT untuk membuat keputusan bagi mendapatkan peruntukkan khas pemulihan projek

     

    • Memberi khidmat nasihat dan panduan mengenai tindakan yang boleh diambil oleh pembeli untuk membawa kes ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah ditadbir melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989

     

    • LPHS juga akan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri tindakan- tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil demi memastikan hak pembeli terhadap hartanah mereka terjamin. Tindakan perampasan tanah boleh dibuat sekiranya wujud pelanggaran peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 seperti kegagalan membayar cukai tanah di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara (KTN) dan pelanggaran syarat di bawah Seksyen 129 Kanun yang

     

    Seperti Yang Berhormat sedia maklum pembelian sesebuah rumah atau hartanah adalah melalui perjanjian jual beli di antara pemaju dan pembeli. Dalam erti kata lain satu kontrak telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak dan sekiranya berlaku “breach of contract” maka pihak terlibat perlu membawa kes mereka ke Mahkamah.

Lampiran

Tiada Lampiran.