Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

56) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu pembeli rumah yang terlibat dalam Projek Perumahan Terbengkalai?

    Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sentiasa berusaha mengatasi masalah projek terbengkalai di Selangor dengan menyalurkan bantuan kepada pembeli yang teraniaya walaupun bidang kuasa Kerajaan Negeri hanya terhad kepada tindakan secara pentadbiran sahaja. Kuasa pemulihan ini yang terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah ditadbir melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966.

    Sehubungan itu, beberapa langkah proaktif telah dilaksanakan oleh LPHS ke arah membantu pembeli-pembeli yang terlibat dengan projek terbengkalai adalah dengan memahami kesulitan yang mereka hadapi dan seterusnya bertindak sebagai pemudah cara bagi mengatasi masalah ini.

    Antara bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada pembeli projek terbengkalai adalah seperti berikut :

    • Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) yang terdiri daripada Y.B. Penasihat Undang-Undang, Pengarah Eksekutif LPHS,

    Pembantu EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan

    Bandar, Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya, Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pentadbir Tanah berkaitan, Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Insolvensi/Liquidator, Jawatankuasa Pembeli/Pemilik Rumah dan Bank terlibat yang mana dipengerusikan oleh saya sendiri telah dilaksanakan secara berjadual bagi membincangkan dan mendapatkan kerjasama semua pihak dalam memulihkan projek terbengkalai. Jawatankuasa ini yang diurusetia oleh LPHS juga memainkan peranan penting dalam merangka pelan pemulihan disamping membuat penilaian semula projek terbengkalai sama ada projek tersebut berdaya maju dan boleh dipulihkan. LPHS sebagai agensi pemantauan senantiasa berusaha memastikan projek terbengkalai dapat dipulihkan dan seterusnya dapat disiapkan sehingga Sijil Layak Menduduki diperolehi.

    • Membantu pembeli menubuhkan jawatankuasa bertindak supaya tindakan yang diambil dapat diselaraskan dengan pihak berkuasa dan badan yang terlibat di mana persetujuan sekurang-kurangnya 85% daripada pembeli perlu diperolehi terlebih dahulu.
    • LPHS berperanan mengeluarkan surat pengesahan projek terbengkalai supaya pembeli dapat berurusan dengan pihak bank menstrukturkan semula atau pengurangan bayaran bulanan daripada pembiaya atau bank.
    • LPHS juga mengadakan perbincangan bersama pelikuidasi (liquidator) terbabit bagi mencari kaedah terbaik dalam memulihkan projek yang terbengkalai.
    • LPHS turut mengadakan perbincangan dengan semua jabatan teknikal seperti SYABAS, TNB, IWK dan agensi berkaitan dengan tujuan mempercepatkan pemulihan projek di samping mengenakan syarat minima bagi membolehkan projek disambung semula dengan kos tambahan yang kecil tanpa mengabaikan isu-isu keselamatan.
    • Mengatur pertemuan dengan institusi kewangan sebagai pembiaya bagi melihat pendekatan yang sesuai dalam membantu pembeli bagi menstrukturkan semula pembiayaan titian (bridging loan) supaya projek boleh diteruskan dan seterusnya menyelesaikan masalah kewangan pembeli
    • Sekiranya projek ini melibatkan kenaikan kos, LPHS akan melantik Juruukur Bahan untuk membuat penilaian semula kos pemulihan projek tersebut yang bertujuan untuk memaklumkan kos tambahan yang perlu ditanggung oleh pembeli sekiranya projek ini ingin diteruskan.
    • Sekiranya projek ini menghadapi defisit kos pemulihan, LPHS akan mengemukakan cadangan pemulihan daripada kontraktor yang berminat dan berwibawa kepada KPKT untuk membuat keputusan bagi mendapatkan peruntukkan khas pemulihan projek ini.
    • Memberi khidmat nasihat dan panduan mengenai tindakan yang boleh diambil oleh pembeli untuk membawa kes ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah ditadbir melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989
    • LPHS juga mencadangkan kepada Kerajaan Negeri tindakan-tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil demi memastikan hak pembeli terhadap hartanah mereka terjamin. Tindakan perampasan tanah boleh dibuat sekiranya wujud pelanggaran peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 seperti kegagalan membayar cukai tanah di bawah Seksyen100 Kanun Tanah Negara (KTN) dan pelanggaran syarat di bawah Seksyen 129 Kanun yang sama.

    Seperti Yang Berhormat sedia maklum pembelian sesebuah rumah atau hartanah adalah melalui perjanjian jual beli di antara pemaju dan pembeli. Dalam erti kata lain satu kontrak telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak dan sekiranya berlaku “breach of contract” maka pihak terlibat perlu membawa kes mereka ke Mahkamah.

  2. Senaraikan nama Syarikat dan nama kawasan Taman Perumahan yang terlibat di Daerah Kuala Langat & Klang.

    Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah projek perumahan yang terlibat di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK) sebanyak 26 projek yang melibatkan 1,583 unit dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) sebanyak 13 projek melibatkan 477 unit. Senarai projek perumahan terbengkalai mengikut pecahan 2 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah seperti berikut :

    • MAJLIS PERBANDARAN KLANG
    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU
    1 Projek Perumahan yang Mengandungi

    4 Blok Rumah Kos Sederhana 2

    Tingkat di atas Lot 6978, (Taman Sri

    Aman) Kampung Idaman, Mukim Klang

    Tetuan Integrated Land Recources Sdn. Bhd.

    Tetuan Teng Kong Enterprise Sdn. Bhd. (Digulung)

    2 Projek Pembinaan Pangsapuri 6

    Tingkat dengan Tempat Letak Kereta di

    Tingkat Bawah, di atas Lot 2377 (Geran

    4963), Jalan Dato’ Amar, Klang

    Tetuan Marl One Development Sdn. Bhd
    3 Projek Perumahan Taman Tradisi  Indah, Bandar Pinggiran Shah Alam melibatkan 50 Unit Rumah Teres Satu Tingkat di atas Lot PT 84927-Lot PT

    84978, Lot Asal 4965, Jalan Masjid

    Sultan 9C/KS13, Mukim Klang, Daerah Klang

    Tetuan Fifth Marine Development Sdn. Bhd.
    4 Projek Perumahan Mengandungi 36

    Unit Rumah Teres, 66 Unit Rumah

    Berkembar, 92 Unit Pangsapuri Kos

    Sederhana, 29 Unit Kedai dan 58 Unit

    Pangsapuri Kos Sederhana, 155 Unit

    Kos Rendah dan 40 Unit Pangsapuri

    Kos Sederhana Rendah di atas Lot PT

    68738  PM 7794 & Sebahagian Lot PT

    68739  PM 7793 Mukim Klang

    Tetuan Perkasa Indera Sdn. Bhd.
    5 Projek Perumahan 13 Unit Rumah 1

    Tingkat di atas Lot 13567, 13568,

    13569,13570, 13571 hingga 13579,

    Taman Bukit Kapar, Daerah Klang

    Tetuan Decor Mewah Sdn. Bhd.
    6 Projek Perumahan 14 Unit Rumah

    Teres Setingkat, 7 unit Banglo

    Setingkat, 1 Pencawang Elektrik Fasa 2  di atas Lot 44782, Jalan Tarmizi, Rantau Panjang, Mukim Kapar, Klang

    (Taman Hijrah 2)

    Tetuan Lembah Jejak Sdn. Bhd.
    7 Projek Pembinaan Fasa 2 Apartment 1

    Blok 9 Tingkat (109 Unit) dan Lain-lain

    Kemudahan di atas Lot PT 5124 dan

    5125 (Taman Mutiara), Pulau Indah, Klang

    Tetuan Simpulan Cemerlang Sdn.

    Bhd. (Digulung)

     

    8 Projek Perumahan di atas Lot 5128,

    Pulau Indah, Daerah Klang

    (Pangsapuri Yamin Height)

    Tetuan Simpulan Cemerlang Sdn. Bhd. (Digulung)
    9 Projek Perumahan di atas Lot 5740 dan

    5741, Pulau Indah, Daerah Klang

    (Indah Height)

    Tetuan Simpulan Cemerlang Sdn. Bhd. (Digulung)
    10 Projek Perumahan Rumah Teres Dua Tingkat dikenali sebagai Desa Bukit

    Delima, di bawah Hakmilik G.M. No.

    2142, Lot No. 5450, Mukim Kapar,

    Daerah Klang

    Tetuan Atlaw Housing Sdn. Bhd.

    (Digulung)

    11 Projek Perumahan 54 Unit, Jalan Dusun Meru, di bawah Hakmilik No.

    EMR 4548, No. Lot 2754, Mukim

    Kapar, Daerah Klang

    Tetuan Ikhtiar Corporation Sdn. Bhd.
    12 Projek Perumahan Taman Desa Sri

    Nilam, di atas Lot 5255, Pulau Indah,

    Mukim Klang, Daerah Klang

    Tetuan Rhid Development Sdn. Bhd. (Digulung)
    13 Projek Perumahan di Taman Desa Sri

    Siantan, H.S.(M) 30600, GM 4519,

    Mukim Kapar, Daerah Klang

    Tetuan Rhid Development Sdn. Bhd. (Digulung)
    14 Projek Perumahan Desa Sri Damai 3,

    Di atas Hakmilik No GM 2484, No Lot

    3057, Mukim Kapar, Daerah Klang

    Tetuan Rhid Development Sdn. Bhd. (Digulung)
    15 Projek Perumahan Rumah Teres 1

    Tingkat di Tanah No. Lot EMR 8665,

    Lot 3834, EMR 7309, Lot 560, Telok

    Gadong, Klang (Sungai Pinang)

    Tetuan Lurah Pantas Sdn. Bhd.     Tetuan Menang Murni Sdn. Bhd.
    16 Projek Perumahan Andaman 2, di atas Lot PT 17561, Kampung Nelayan, Telok Gong, Daerah Klang Tetuan Andaman Timor Sdn. Bhd.
    17 Taman Cahaya, Batu 5 1/2, Jalan Meru Di Atas EMR No 3469, Lot 2129,

    Mukim Kapar, Klang

    Tetuan Simpulan Cemerlang Sdn.

    Bhd. (Digulung)

     

    18 Projek Perumahan Taman Sri

    Kencana, GM 3850 Lot 2757, Mukim

    Kapar, Daerah Klang

    Hyrax Property & Dev. Sdn. Bhd.

    (nama lama)

    Binalif Bina Sdn. Bhd.  (nama baru)

    19 Projek Perumahan Taman Meru 1,  24

    Unit Rumah Berkembar 1 Tingkat

    Diatas GM 64, Lot 3756, Jalan Kopi,

    Meru, Mukim Kapar, Daerah Klang

    Hyrax Property & Dev. Sdn. Bhd.

    (nama lama)

    Binalif Bina Sdn. Bhd.  (nama baru)

    20 Projek Perumahan Bagi Pembinaan 38

    Unit Rumah Teres 1 Tingkat, Taman

    Meru Ria 2, Di Atas GM 3928 Lot 3750,

    Jalan Belimbing, Meru, Mukim Kapar,

    Daerah Klang

    Hyrax Property & Dev. Sdn. Bhd.

    (nama lama)

    Binalif Bina Sdn. Bhd.  (nama baru)

    21 Projek Taman Desa Kencana, Mukim Kapar, Daerah Klang Suasana Ehsan Sdn. Bhd.
    22 Projek Perumahan Taman Desa

    Pelangi Di Atas Lot 2664 GM 4769,

    Mukim Kapar, Daerah Klang

    Syahira Development Sdn. Bhd.

    (Digulung

    23 Projek Perumahan Desa Maru, Lot 23678 Mukim Kapar, Daerah Klang Syahira Development Sdn. Bhd.

    (Digulung)

    24 Projek Perumahan Taman Setia Indah, Diatas Hakmilik No. HS(M) 43220, No.

    PT 119181, Sungai Pinang, Pulau

    Indah, Mukim Klang

    SPS Setia Sdn. Bhd.

     

    25 Cadangan 2 Blok Pangsapuri Anggerik (150 Unit) dengan surau, dewan serbaguna diatas lot PT85358, 5 unit kedai 2 Tkt diatas Lot PT85353PT85357 diatas Lot PT85359 (lot Asal

    1730) Jalan Sungai Udang KS 3,

    Mukim Klang, Daerah Klang

    Tetuan FSK Development Sdn. Bhd.
    26 Projek Perumahan Golden Village

    Apartment Di Atas Geran No. 40140

    Lot 10349, Mukim Klang, Daerah Klang

    Tetuan Chong Hin Development Sdn. Bhd. (Digulung)

     

    • MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT
    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU
    1 Projek Perumahan Di Atas Lot 175 Dan

    12163, Mukim Tanjung Duabelas,

    Daerah Kuala Langat

    Tetuan Jamaras (M) Sdn. Bhd.
    2 Projek Perumahan 24 Unit Rumah

    Berkembar 1 Tingkat, (Taman Desa Sri

    Jentayu 1) di atas Plot 15, LM 276 Lot

    4324, Mukim Telok Panglima Garang,

    Tetuan Rhid Development Sdn. Bhd. (Digulung)
      Daerah Kuala Langat  
    3 Projek Perumahan 25 Unit Rumah

    Sesebuah 1 Tingkat (Taman Visi

    Nusa) di atas Lot 2092,  Bukit

    Changgang, Mukim Tanjung 12,Daerah Kuala Langat

    Tetuan Visi Nusa Corporation Sdn. Bhd.
    4 Projek Perumahan 70 Unit Rumah

    Sesebuah 1 Tingkat, Taman

    Sijangkang Perdana Di Atas GM 2073,

    Lot 679, Telok Panglima Garang,

    Daerah Kuala Langat

    Tetuan Atlaw Housing Sdn. Bhd.(Digulung)
    5 Projek Perumahan Lot-Lot Banglo,

    Jalan Manggis, Batu 9, Di Atas

    Hakmilik Asal GM 1989, Lot 1647,

    Mukim Telok Panglima Garang, Daerah Kuala Langat

    Tetuan Reap & Rich Worldwide Holding Sdn. Bhd.
    6 Projek Perumahan Taman Desa Sri

    Saujana 1, 44 Unit Rumah Berkembar

    1 Tingkat dan 2 Unit Rumah Sesebuah

    Di Atas Lot 2159 GM 2751, Mukim

    Teluk Panglima Garang, Daerah Kuala Langat

    Tetuan Rhid Development Sdn. Bhd. (Digulung)
    7 Projek Perumahan Taman Desa

    Perwira, 42 Unit Rumah Berkembar 2

    Tingkat Di Atas Hakmilik Induk No. PM

    2392, Lot 7736, Mukim Tanjung

    Duabelas, Daerah Kuala Langat

    Tetuan Syahira Development Sdn. Bhd. (Digulung)
    8 Projek Perumahan Taman Desa

    Lestari, 28 Unit Di Atas Hakmilik

    Individu, Bukit Kemandol, Mukim Teluk

    Panglima Garang, Daerah Kuala

    Langat

    Tetuan Lasah Emas Sdn. Bhd.
    9 Projek Taman Langat Utama 3, Di atas Hakmilik Individu, HS(M) 16314 PT 17272, Rancangan Tanah Belia

    Bukit Changgang, Mukim Tanjung Dua

    Belas, Daerah Kuala Langat

    Tetuan Dahria Corporation Sdn.

    Bhd.

     

    10 Projek Perumahan Rumah Berkembar

    Setingkat, Di bawah Pegangan Geran

    Induk, HS(M) 11973, PT No. 14269,

    Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah

    Kuala Langat

    Tetuan Sure Meridien Sdn. Bhd.
    11 Projek Perumahan Berkembar

    Setingkat Di Bawah Pegangan Geran

    Induk LM 188, Lot 4208, Mukim Teluk

    Panglima Garang, Daerah Kuala

    Langat

    Tetuan SPS Setia Sdn. Bhd.
    12 Projek Perumahan Taman Desa Sri

    Permai 2, Di Atas Hakmilik PM 1797,

    Lot No. 3055, Mukim Teluk Panglim Garang

    Tetuan Rhid Development Sdn. Bhd. (Digulung)
    13 Taman Saujana Panglima, Sijangkang

    Di Atas Lot 7385 (Lot Asal), Mukim

    Bandar Sijangkang, Daerah Kuala Langat

    Tetuan Syahira Development Sdn. Bhd. (Digulung)
  3. Adakah Kerajaan Negeri menyenarai hitamkan Syarikat Pemaju Rumah yang tersebut di atas?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan ke atas pemaju bermasalah dengan mendapatkan nama-nama Ahli Lembaga Pengarah tersebut daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk disenaraihitamkan dan diedarkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan turut dipaparkan dalam laman web Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS). Melalui sistem pendaftaran pemaju (SPEM) di LPHS, pemaju diwajibkan berdaftar sekiranya ingin menjalankan pembangunan perumahan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Kebenaran Merancang diluluskan oleh PBT. Sekiranya dikenalpasti nama-nama pemaju terlibat telah disenaraihitamkan maka pemaju tersebut tidak akan dibenarkan untuk melaksanakan apa-apa pembangunan di Negeri Selangor termasuk membuat permohonan untuk pembangunan tanah walaupun mereka hanya berperanan sebagai salah seorang pemilik syer sahaja di bawah nama syarikat pemaju lain.  

Lampiran

Tiada Lampiran.