Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
134) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah terkini projek dan unit rumah terbengkalai sehingga kini?
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga Jun 2017 terdapat 105 projek perumahan terbengkalai di Selangor dengan jumlah unit sebanyak 23,374 unit.
-
Nyatakan jumlah projek dan unit rumah terbengkalai yang telah dibaik pulih sehingga kini.
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga Jun 2017, sebanyak 53 projek perumahan terbengkalai di Selangor yang telah dibaik pulih dengan jumlah unit sebanyak 24,660 unit.
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan Kerajaan Negeri untuk perkara tersebut
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM 20 juta di dalam Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TEPAT) bagi membantu memulihkan projek terbengkalai di Selangor. Terdapat 2 projek terbengkalai yang telah dikenalpasti untuk dipulihkan dibawah TEPAT iaitu Projek Pembesaran Kampung Desa Mawar, Kuala Selangor dengan peruntukkan berjumlah RM 6,360,000.00 juta dan Projek Pangsapuri Kos Rendah Rimau Indah, Shah Alam berjumlah RM 13 juta. Sehingga kini, Projek Pembesaran Kampung Desa Mawar sedang dalam proses pemulihan dan dijangka siap pada 28 Mac 2018 dan Projek Pangsapuri Rimau Indah sedang dalam proses kajian pemulihan oleh pihak Worldwide Holdings Behad.