Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
35) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyak projek perumahan terbengkalai pada tahun 2008?
Untuk makluman Yang Berhormat, statistik terakhir pada Disember 2008 mendapati sebanyak 116 projek perumahan terbengkalai di Negeri Selangor dengan jumlah unit sebanyak 42,541
-
Berapa banyak projek perumahan terbengkalai telah di siapkan sepanjang 2008 hingga 2017
Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 53 projek perumahan terbengkalai yang melibatkan 24,660 unit yang telah berjaya diselesaikan di Negeri Selangor daripada tahun 2008 hingga
-
Apakah tindakan di ambil ke atas pemaju yang gagal menyiapkan projek?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan ke atas pemaju bermasalah dengan mendapatkan nama-nama Ahli Lembaga Pengarah tersebut daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk disenaraihitamkan dan diedarkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Melalui sistem pendaftaran pemaju (SPEM) di LPHS, pemaju diwajibkan berdaftar sekiranya ingin menjalankan pembangunan perumahan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Kebenaran Merancang diluluskan oleh PBT. Sekiranya dikenalpasti nama-nama pemaju terlibat telah disenaraihitamkan maka pemaju tersebut tidak akan dibenarkan untuk melaksanakan apa-apa pembangunan di Negeri Selangor termasuk membuat permohonan untuk pembangunan tanah walaupun mereka hanya berperanan sebagai salah seorang pemilik syer sahaja di bawah nama syarikat pemaju lain.