Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
153) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Di Negeri Selangor masih terdapat banyak projek perumahan terbengkalai yang masih belum dapat dipulihkan. Berapakah jumlah terkini projek perumahan terbengkalai tersebut?
- Sehingga 15 Mac 2011, terdapat sebanyak 134 projek terbengkalai yang dikenal pasti di seluruh Negeri Selangor melibatkan 47,058 pembeli. Pecahan projek terbengkalai mengikut PBT adalah seperti berikut :-
NO KAWASAN PBT PROJEK PERUMAHAN PROJEK KOMERSIAL PROJEK INDUSTRI PROJEK PEMBESARAN KAMPUNG
JUMLAH PROJEK JUMLAH UNIT 1 MPK 23 5 1 – 29 4,134 2 MBPJ 3 4 – – 7 2,996 3 MBSA 14 1 1 – 16 5,114 4 MPSJ 5 3 – – 8 7,734 5 MPAJ 10 1 – – 11 2,949 6 MPKJ 11 – – – 11 4,150 7 MPS 9 1 – 2 12 2,310 8 MPSP 8 – – – 8 3,641 9 MDKS 8 – – 2 10 7,011 10 MDHS 5 1 – 6 12 5,955 11 MDKLGT 7 2 – – 9 1,032 12 MDSB 1 – – – 1 32 JUMLAH 104 18 2 10 134 47,068 -
Berapa banyakkah projek perumahan terbengkalai yang berjaya dipulihkan sejak tahun 2008?
- Dengan mengambil kira bidang kuasa Kerajaan Negeri yang terhad dalam membantu memulihkan projek terbengkalai yang mana kuasa ini pada dasarnya terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966, adalah dimaklumkan sehingga kini Kerajaan Negeri telah berjaya menyelesaikan sebanyak 23 projek yang melibatkan 9,179 unit dari Mac 2008 seperti berikut :-
BIL PROJEK NAMA PEMAJU UNIT 1 Cadangan Pembinaan Pangsapuri Kos Sederhana Tinggi Sama Pesona Sdn Bhd 600 unit 2 1 Blok Hotel 18, Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang Transhabour Sdn Bhd 258 unit 3 Membina 28 Unit Rumah Berkembar di atas Lot 1344, Jalan Sri Banang 14, Taman Sri Andalas, Mukim Klang URC Housing Sdn Bhd 28 unit 4 Taman Bunga Ros, Mukim Klang, Klang Tetuan Ram Developer Sdn. Bhd & Tetuan Willow Construction Sdn. Bhd
30 unit 5 Projek Perumahan Taman Pinggiran Batu Caves, Daerah Gombak Tetuan Bee Teck Trading Corporation Sdn Bhd 196 unit 6 Taman Prima Selayang Di atas Lot 8213, 6017 Sebahagian Lot 4487, 5510 & Tanah Kerajaan Mukim Batu, Gombak
Kansas Corporation Sdn Bhd 220 unit 7 Rumah Teres 2 Tingkat, HS (D) 56918, PT 31343, Gombak Tetuan Hartawan Pasifik Sdn Bhd 387 unit 8 Taman Hulu Langat Jaya Spring Courts Sdn Bhd 36 unit 9 Taman Wawasan, Mukim Tanjung Karang, Daerah Kuala Selangor Tetuan Radiant Hart Construction Sdn Bhd 33 unit 10 Taman Yayasan, Mukim Kuala Selangor Tetuan Pramax Sdn Bhd JV Tetuan Yayasan Selangor 77 unit 11 Cadangan Pembinaan Bercampur Pusat Komersial, Seksyen 7, Bandar Shah Alam Tetuan PCM Bina Sdn Bhd 1,514 unit 12 Pangsapuri Seri Nipah, Taman Pinggiran USJ, Shah Alam Tetuan LBS Bina Group Berhad 30 unit 13 Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam. (Pangsapuri Okid) SPNB / Unique Creation 580 unit 14 Cadangan membina Rumah / Kedai 4 Tingkat Taman Serdang Perdana, Seksyen 5, Mukim Petaling, Daerah Petaling Tetuan Green Cresent Sdn. Bhd 512 unit 15 Cadangan Pembinaan Pusat Perniagaan Pangsapuri Perkhidmatan, UEP Subang Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling Tetuan Sanjung Utama Sdn. Bhd 1316 unit 16 Projek Taman Puncak Jalil, Fasa 9 B, 9 C, 9 F, 12, 19 dan 21.
Talam Corporation Bhd 1447 unit 17 Cadangan Rumah Berkembar 21 Unit 2 Tingkat dan 47 Unit rumah Teres 2 ½ Tingkat, Taman Kosas, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat (MPAJ) Tetuan Koperasi Serbaguna Anak-anak Selangor Berhad 203 unit 18 Projek Pembesaran Kampung Gesir Tengah, Daerah Hulu Selangor HRK Holdings Sdn. Bhd
128 unit 19 Kompleks Kota Kajang, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat Tetuan Windhill Development & Construction Sdn. Bhd 100 unit 20 Taman Nilam, Mukim Ujung Permatang, Daerah Kuala Selangor Tetuan Richmall Sdn Bhd 84 unit 21 Putra Intan Kondominium Pemaju Asal : Lembah Kerjaya (Telah Digulung) Diambil Alih oleh Rimbun Capital Sdn Bhd 300 unit 22 Taman Khalid Al-Walid, Shah Alam Nuri Konsortium Sdn Bhd Diambil alih oleh SPNB
48 unit 23 Lagoon Perdana, Subang Jaya Pemaju : Tenaga Gagah S/B Diambil alih oleh IJM Construction 1052 unit Jumlah Pembeli / Unit 9179 unit -
Bagi projek perumahan terbengkalai yang berjaya dipulihkan tersebut, sila nyatakan :- i) Kaedah yang diguna pakai bagi memulihkannya? ii) Sumber kewangan bagi pemulihannya?
- Untuk makluman, beberapa kaedah telah dilaksanakan bagi tujuan memulihkan projek terbengkalai seperti berikut :-
1) Kos Tambahan (Topup)
Bagi projek yang boleh dipulihkan di mana melibatkan kenaikan kos, LPHS akan melantik Juruukur Bahan untuk menilai semula kos pemulihan projek tersebut bagi mendapatkan butiran terperinci kos tambahan yang perlu ditanggung secara bersama oleh pembeli-pembeli. walau bagaimanapun, ia perlu mendapat persetujuan sekurang-kurangnya 85% daripada jumlah pembeli bagi tujuan pemulihan.
2) Lantikan Pemaju Penyelamat
Kerajaan Negeri melalui LPHS juga akan mengadakan perbincangan dengan pemaju terbabit bersama semua jabatan teknikal termasuk pihak bank sekiranya projek tersebut berdaya maju dan boleh dipulihkan. bagi pemaju yang menghadapi masalah kewangan, LPHS akan mengatur pertemuan dengan pembiaya-pembiaya bagi melihat pendekatan yang sesuai dalam membantu pemaju-pemaju menstruktur semula pembiayaan titian (bridging loan) supaya projek boleh diteruskan. sekiranya masih gagal dan terdapat pemaju / kontraktor berwibawa yang berminat memulihkan projek berkenaan LPHS akan mengemukakan cadangan pemulihan tersebut kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membuat keputusan. bagi projek-projek yang telah diletakkan di bawah ‘liquidator’ / Pegawai Penerima, perbincangan akan dijalankan bersama ‘liquidator‘ / pegawai penerima terbabit bagi mencari kaedah terbaik dalam memulihkan projek yang terbengkalai.
3) Perampasan Tanah dan Pengambilan Tanah
Kerajaan Negeri juga sebagai langkah terakhir akan mengambil tindakan perampasan tanah sekiranya wujud pelanggaran peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 seperti kegagalan membayar cukai tanah di bawah S.100 KTN dan pelanggaran syarat di bawah S.129 KTN bagi memastikan hak pembeli terhadap hartanah mereka terjamin. selain itu, pengambilan tanah juga sebagai usaha membolehkan projek terbengkalai dipulihkan semula dan seterusnya dimajukan secara tender sebagai contoh projek Bukit Botak dan Alam Perdana.
- Penubuhan Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) Jawatankuasa terdiri daripada Y.B. Penasihat Undang-undang, Pengarah Eksekutif LPHS, Pembantu EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya, Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pejabat Tanah dan berkaitan, Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Insolvensi / Liquidator, Jawatankuasa Pembeli / Pemilik Rumahan Bank
Untuk makluman, pembangunan semula projek-projek perumahan terbengkalai merupakan salah satu program di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor yang diumumkan dalam Bajet 2010. walau bagaimanapun, buat masa ini suntikan dana tidak diperlukan dari Kerajaan Negeri bagi memulihkan projek-projek terbengkalai kerana projek-projek yang dipulihkan adalah bersifat self financing (pembiayaan sendiri) seperti contoh projek Bukit Botak yang sedang dipulihkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang mana ia melibatkan tindakan pengambilan tanah bagi membolehkan Kerajaan Negeri menyusun semula pembangunan dengan tawaran unit rumah yang lebih menarik dan tinggi nilainya serta membolehkan pembeli bersetuju menambah wang sendiri untuk menanggung defisit tersebut.