Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
64) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan projek perumahan yang masih terbengkalai sehingga kini mengikut PBT?
- Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah projek perumahan terbengkalai di Negeri Selangor sehingga 30 April 2014 adalah sebanyak 122 projek yang melibatkan 31,862 unit. Statistik projek perumahan terbengkalai mengikut pecahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti berikut :
NO
KAWASAN PBT PROJEK PERUMAHAN PROJEK PEMBESARAN KAMPUNG JUMLAH PROJEK JUMLAH UNIT 1 MBSA 11 – 11 3,407 2 MBPJ 3 – 5 1,932 3 MPSJ 4 – 4 1,585 4 MPAJ 7 – 7 2,814 5 MPK 27 – 27 3,510 6 MPKJ 15 – 15 5,298 7 MPS 10 2 12 2,299 8 MPSp 7 – 7 2,265 9 MDKS 8 2 10 3,691 10 MDHS 8 5 13 4,590 11 MDKL 13 – 13 471 JUMLAH 113 9 122 31,862 -
Sejauh manakah usaha kerajaan negeri menyelesaikan masalah ini?
Antara usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah perumahan terbengkalaiadalah seperti berikut :
- Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) yang dipengerusikan oleh saya sendiri dengan keahlian terdiri daripada Y.B. Penasihat Undang-Undang, Pengarah Eksekutif LPHS, Pembantu EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya, Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pejabat Tanah dan Daerah berkaitan, Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Insolvensi/Liquidator, Jawatankuasa Pembeli/Pemilik Rumah dan Bank terlibat melalui LPHS yang telah dilaksanakan secara berjadual sejak tahun 2011. Peranan Jawatankuasa ini adalah bagi membincangkan dan mendapatkan kerjasama semua pihak terlibat dalam memulihkan projek terbengkalai serta merangka pelan pemulihan di samping membuat pemantauan sehingga projek siap dengan Sijil Layak
- LPHS turut mengadakan perbincangan dengan pelikuidasi (liquidator), bersama semua jabatan teknikal seperti SYABAS, TNB, IWK dan agensi berkaitan termasuk pihak bank dengan tujuan mempercepatkan pemulihan projek di samping mengenakan syarat minima bagi membolehkan projek disambung semula dengan kos tambahan yang kecil tanpa mengabaikan isu-isu
- Sekiranya projek ini melibatkan kenaikan kos, LPHS akan melantik Juruukur Bahan untuk membuat penilaian semula kos pemulihan projek tersebut yang bertujuan untuk memaklumkan kos tambahan yang perlu ditanggung oleh pembeli sekiranya projek ini ingin
- Sekiranya projek ini menghadapi defisit kos pemulihan, LPHS akan mengemukakan cadangan pemulihan daripada kontraktor yang berminat dan berwibawa kepada KPKT untuk membuat keputusan bagi mendapatkan peruntukkan khas pemulihan projek
- LPHS juga akan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri tindakan- tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil demi memastikan hak pembeli terhadap hartanah mereka terjamin. Tindakan perampasan tanah boleh dibuat sekiranya wujud pelanggaran peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 seperti kegagalan membayar cukai tanah di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara (KTN) dan pelanggaran syarat di bawah Seksyen 129 Kanun yang sama. Selain itu, pengambilan tanah juga dilaksanakan sebagai usaha membolehkan projek terbengkalai dipulihkan semula dan seterusnya dimajukan secara
-
Bagaimanakah nasib pembeli yang terjejas?
Kesan daripada projek perumahan terbengkalai, ianya akan memberi implikasi secara langsung kepada pembeli dari segi bebanan kewangan khususnya melibatkan bayaran balik pinjaman perumahan termasuk kadar faedah ke atas pinjaman yang dibuat daripada pembiaya/bank. Oleh demikian, pembeli terpaksa membayar ansuran bulanan kepada pembiaya/bank, sedangkan rumah mereka masih tidak dapat didiami dan juga tiada jaminan rumah akan disiapkan. Sekiranya bayaran kepada pihak pembiaya/bank tidak dijelaskan, pembeli akan dikenakan tindakan disenaraihitam atau tindakan saman oleh pembiaya/bank dan akhirnya, akan menyukarkan pembeli mendapatkan pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan yang lain. Pada masa yang sama juga, pembeli turut terpaksa menyewa rumah dengan kos sara hidup yang tinggi. Keadaan ini turut memberi bebanan kewangan yang besar terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sentiasa berusaha mengatasi masalah projek perumahan terbengkalai di Negeri Selangor demi membela nasib pembeli-pembeli yang terjejas walaupun bidang kuasa Kerajaan Negeri hanya terhad kepada tindakan secara pentadbiran sahaja. Kuasa pemulihan ini yang terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah ditadbir melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966.
Antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam membantu pembeli yang terjejas adalah seperti berikut :
- Membantu pembeli menubuhkan jawatankuasa bertindak supaya tindakan yang diambil dapat diselaraskan dengan pihak berkuasa dan badan yang terlibat di mana persetujuan untuk memulihkan perlu diperoleh daripada sekurang-kurangnya 85% daripada
- LPHS berperanan bagi mengeluarkan surat pengesahan projek terbengkalai supaya pembeli dapat berurusan dengan pihak bank bagi menstrukturkan semula atau pengurangan bayaran bulanan daripada pembiaya atau
- Memberi khidmat nasihat dan panduan mengenai tindakan yang boleh diambil oleh pembeli untuk membawa kes ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah ditadbir melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989
Seperti Yang Berhormat sedia maklum pembelian sesebuah rumah atau hartanah adalah melalui perjanjian jual beli di antara pemaju dan pembeli. Dalam erti kata lain satu kontrak telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak dan sekiranya berlaku “breach of contract” maka pihak terlibat perlu membawa kes mereka ke Mahkamah.