Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

183) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak projek perumahan terbengkalai Êdi DUN Sentosa?

    1. Untukmakluman Yang Berhormat,sehingga Mac 2020 terdapat 2 projekterbengkalai di DUN Sentosa.
  2. Berapa banyak projek perumahan terbengkalai telah disiapkan ?

    1. Untuk makluman Yang Berhormat, bermula dari pada tahun 2008 sehingga Disember 2019 sebanyak 81 projek terbengkalai dibawah kategori perumahan/komersial/industri yang melibatkan 32,434 unit telah berjaya diselesaikan di Negeri Selangor.
  3. Apakah tindakan diambil ke atas pemaju yang gagal menyiapkan projek?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sedang mendapatkan carian nama-nama Ahli Lembaga Pengarah bagi projek terbengkalai di Negeri Selangor melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Maklumat pemaju dan projek terbengkalai tersebut akan dipaparkan di laman web Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) dan turut diedarkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Melalui sistem pendaftaran pemaju (SPEM) di LPHS, pemaju diwajibkan berdaftar sekiranya ingin menjalankan pembangunan perumahan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Kebenaran Merancang diluluskan oleh PBT. Sekiranya telah dikenalpasti nama-nama Ahli Lembaga Pengarah projek terbengkalai terlibat maka pemaju tersebut tidak akan dibenarkan untuk melaksanakan apa-apa pembangunan di Negeri Selangor termasuk membuat permohonan untuk pembangunan tanah walaupun mereka hanya berperanan sebagai salah seorang pemilik syer sahaja di bawah nama syarikat pemaju lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.