Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

186) PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) LEMBAH SUBANG 1

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan status terkini PPR Lembah Subang 1 antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

    Pengurusan dan pentadbiran PPR Taman Putra Damai, Lembah Subang 1 adalah masih di bawah kawalan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Ini adalah merujuk kepada keputusan Mesyuarat EXCO-MTES bertarikh 13 Julai 2017.

  2. Apakah jaminan Kerajaan Negeri untuk memastikan PPR ini menerima bantuan yang diperlukan?

    Untuk makluman Y.B. Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan sentiasa memastikan keadaan pangsapuri dalam suasana selesa dan harmoni di mana urusan-urusan penyelenggaraan masih lagi diuruskan oleh pihak MBPJ.

  3. Berapakah jumlah peruntukan untuk membaikpulih PPR Lembah Subang 1?

    Sejak dari tahun 2013 sehingga Jun 2017 yang mana pengurusan dan pentadbiran PPR Lembah Subang adalah sepenuhnya di bawah MBPJ (tiada lantikan Pengurus Harta), jumlah peruntukan yang telah digunakan untuk membaikpulih PPR Lembah Subang 1 adalah berjumlah RM11,629,414.78.

Lampiran

Tiada Lampiran.