Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

86) PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah dan kawasan projek Projek Perumah Rakyat (PPR) yang telah dan sedang dibina di Selangor dari tahun 2010-2017.

    Untuk makluman Y.Berhormat, Kerajaan Negeri sejak tahun 2010 sehingga 2017 tiada pembangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang telah dan sedang dibina di Selangor. Setakat ini, Projek Perumahan Rakyat (PPR) sedia ada telah

    siap dibina di Selangor iaitu di PPR Taman Putra Damai,  Lembah Subang 1, PPR Kota Damansara, Subang, PPR Kg. Baru Hicom,

    Shah Alam dan PPR Taman Tasik Serendah, Hulu Selangor. Manakala PPR di Kampung Hassan, Hulu Bernam yang telah siap dibina oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebanyak 300 unit bagi tujuan penjualan kepada orang awam.

     

  2. Nyatakan jumlah rakyat Selangor yang menerima manfaat mengikut pecahan kaum.

    Berdasarkan rekod LPHS, jumlah permohonan yang menerima manfaat mengikut pecahan kaum di PPR di bawah pengurusan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) adalah seperti berikut :

    Bil Nama Projek Perumahan Rakyat (PPR)   Kaum  
    Melayu Cina India Lain-

    Lain

    1 PPR Kg.Baru Hicom, Shah Alam 845 1 87
    2 PPR Taman Tasik Serendah, Hulu Selangor 108 1 9 7

     

Lampiran

Tiada Lampiran.