Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

36) PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan secara terperinci semua PPR yang terdapat di Selangor sehingga kini?

    Untuk makluman Yang Berhormat, di Negeri Selangor terdapat 4 Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang diuruskan oleh agensi-agensi berikut:

     

    Bil. Projek Lokasi Bil. Unit Agensi
    1. PPR Kg. Baru Hicom Seksyen 26,

    Shah Alam

    980 PHSSB
    2. PPR Taman Tasik Teratai Serendah,

    Hulu Selangor

    300 PHSSB
    3. PPR Kota Damansara Kota

    Damansara

    1152 PHSSB
    4. PPR Lembah Subang 1 Petaling Jaya 3004 MBPJ
    Jumlah 5436  

     

     

  2. Nyatakan bidang kuasa Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan ke atas PPR tersebut?

    Untuk makluman Yang Berhormat, bagi PPR Kg. Baru Hicom, PPR Taman Tasik Teratai dan PPR Kota Damansara ianya diuruskan oleh agensi Kerajaan Negeri iaitu anak syarikat Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, syarikat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB). PHSSB bertanggungjawab menguruskan kemasukan penyewa dan kutipan sewa di PPR tersebut serta melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan di PPR tersebut. Manakala bagi PPR Lembah Subang 1, ianya diuruskan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi kemasukan penyewa dan kutipan sewa serta melaksanakan kerja-kerja pembersihan bangunan di PPR

     

    Semenjak Kerajaan Negeri diberi tanggungjawab dalam pengurusan PPR tersebut, tidak terdapat Standard Operating Procedure (SOP) yang jelas dalam

     

    menetapkan bidang kuasa masing-masing. Ketika itu, Kerajaan Negeri telahpun menerima tanggungjawab pengurusan penyenggaraan PPR demi menjaga kepentingan rakyat walaupun tapak pembangunan PPR Lembah Subang 1 dan PPR Taman Tasik Teratai adalah kepunyaan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Ianya diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk urusan penyewaan dan penyenggaraan melaui kutipan sewa. Walau bagaimanapun kutipan sewaan untuk kedua-dua PPR ini ialah dalam lingkungan 45% sahaja dan ini telah menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa membelanjakan peruntukan tambahan. Bagi PPR Lembah Subang 1, Kerajaan Negeri melalui MBPJ telah membelanjakan lebih RM60 juta. Manakala PPR Taman Tasik Teratai, semenjak diambil alih oleh Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. didapati kutipan dalam lingkungan 98%. Dengan kutipan sebegitu pun, pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor masih perlu mengeluarkan peruntukan tambahan dengan anggaran melebihi RM130,000.00 setahun untuk pembaikan, pembersihan, keselamatan dan sebagainya. Sewajarnya Kerajaan Persekutuan membiayai kos-kos pembaikan kerosakan di kedua-dua PPR tersebut memandangkan mereka adalah pemilik sementara Kerajaan Negeri bertanggungjawab dalam menguruskan kos penyenggaraan seperti pembersihan, pembaikan kecil dan keselamatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.