Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
203) PROJEK PERUMAHAN / PERDAGANGAN TERBENGKALAI
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila menyatakan nama Projek Perumahan / Perdagangan Terbengkalai di Daerah Kuala Langat mengikut susunan DUN Sijangkang, Telok Datok, Morib dan Tanjong Sepat sejak tahun 2008 hingga kini. Apakah perkembangan terkini setiap Projek Perumahan / Perdagangan Terbengkalai.
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah projek perumahan / perdagangan di Daerah Kuala Langat yang terbengkalai sejak tahun 2008 sehingga kini sebanyak 14 projek yang melibatkan 480 unit. Antara nama syarikat pemaju dan tarikh / tahun mula dibina serta status terkini projek terbengkalai di Daerah Kuala Langat seperti berikut :
BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU BIL. UNIT / JENIS TARIKH MULA /
SEPATUT SIAP
% SIAP BINA STATUS TERKINI 1 Projek Perumahan Taman Desa Sri
Jentayu 1 di atas
Plot 15, LM 276
Lot 4324, Mukim
Telok Panglima
Garang
Tetuan Rhid Development Sdn.Bhd. (digulung)
24 Unit (Rumah
Berkembar
1 Tingkat)
2003 / 2005 80% • Tiada sebarang kerjakerja pembinaan • Pelikuidasi : Rimbun
Corporate Advisory
Sdn Bhd
• Pelikuidasi dalam pengumpulan maklumat projek bagi merancang untuk
BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU BIL. UNIT / JENIS TARIKH MULA /
SEPATUT SIAP
% SIAP BINA STATUS TERKINI pemulihan semula 2 Projek Perumahan Taman Sijangkang
Perdana di atas
GM 2073, Lot 679,
Telok Panglima
Garang
Pemaju : Tetuan Atlaw Housing
Sdn.Bhd.
(Digulung)
70 unit (Rumah Teres 1
Tingkat)
2003 / 2005 15% • Tiada sebarang kerjakerja pembinaan Pelikuidasi : Mustapharaj Sdn. Bhd. • Pelikuidasi dalam pengumpulan maklumat bagi merancang untuk pemulihan semula
3 Projek Pembangunan di atas Lot 22,
Seksyen 3, Pekan
Telok Panglima
Garang
Tetuan C.K. Lee
Development Sdn. Bhd.
9 Unit (Kedai 3
Tingkat)
2004 / 2006 10% • Tiada sebarang kerjakerja pembinaan • Terdapat cadangan meminda pelan pembangunan
daripada kedai pejabat kepada perumahan.
4 Projek Perumahan Taman Desa Sri Saujana 1 di atas lot 2159 GM 2751, Mukim Teluk
Panglima Garang
Tetuan Rhid Development Sdn. Bhd. (Digulung)
44 Unit (Rumah
Berkembar
1 Tingkat dan 2 Unit
Rumah
Sesebuah)
2005 / 2007 25% • Tiada sebarang kerjakerja pembinaan Pelikuidasi : Rimbun
Corporate Advisory
Sdn Bhd
• Pelikuidasi dalam pengumpulan maklumat bagi merancang untuk pemulihan semula
5 Projek Perumahan, Jalan Manggis, Batu 9, di atas Hakmilik Asal GM 1989, Lot
1647, Mukim
Telok Panglima
Garang
Tetuan Reap & Rich
Worldwide Holding Sdn.
Bhd.
29 Unit (Plot
Banglo)
2005 / 2007 10% • Kemajuan kerja 10% siap iaitu hanya kerja meratakan tapak
• Tiada sebarang kerjakerja pembinaan
BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU BIL. UNIT / JENIS TARIKH MULA /
SEPATUT SIAP
% SIAP BINA STATUS TERKINI 6 Projek Perumahan Taman Desa
Lestari, Bukit
Kemandol, Mukim
Teluk Panglima
Garang
Tetuan Lasah Emas Sdn. Bhd. 28 unit (Rumah
Sesebuah
Satu
Tingkat)
2003 / 2005 80% Tiada sebarang kerjakerja pembinaan 7 Projek Perumahan di atas LM 188, Lot 4208, Mukim Teluk Panglima
Garang
Tetuan SPS Setia Sdn. Bhd.
28 unit (Rumah
Berkembar
Setingkat)
2006 / 2008 80% Tiada sebarang kerjakerja pembinaan 8 Projek Perumahan Taman Desa Sri
Permai 2, Di Atas
Hakmilik PM 1797,
Lot No. 3055,
Mukim Teluk
Panglim Garang
Tetuan Rhid Development Sdn. Bhd. (Digulung)
24 Unit (Rumah Banglo
Satu
Tingkat)
2004 / 2006
40% • 8 unit rumah telah dibina. • Tiada sebarang kerjakerja pembinaan
Pelikuidasi : Rimbun
Corporate Advisory
Sdn Bhd
• Pelikuidasi dalam pengumpulan maklumat bagi merancang untuk pemulihan semula
9 Projek Perumahan di atas HS(M) 11973, PT No. 14269, Mukim
Tanjung Dua
Belas
Tetuan Sure Meridien Sdn. Bhd.
30 Unit (Rumah
Berkembar
Setingkat)
2005 / 2007 60% Tiada sebarang kerjakerja pembinaan 10 Projek Taman Langat Utama 3 di atas Hakmilik Individu, HS(M) 16314 PT 17272,
Rancangan Tanah
Belia Bukit
Changgang,
Mukim Tanjung
Dua Belas
Tetuan Dahria Corporation Sdn. Bhd.
30 Unit (Banglo Satu
Tingkat)
2006 / 2008 20% • 13 unit rumah sahaja telah dibina. • 1 unit pencawang elektrik telah siap dibina.
• Tiada sebarang kerjakerja pembinaan
BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU BIL. UNIT / JENIS TARIKH MULA /
SEPATUT SIAP
% SIAP BINA STATUS TERKINI 11 Projek Perumahan Taman Desa
Perwira di atas
Hakmilik Induk No.
PM 2392, Lot
7736, Mukim Tanjung Dua
Belas
Tetuan Syahira Development Sdn. Bhd.
(Digulung)
42 Unit (Rumah
Berkembar
2 Tingkat)
2005 /2007 80% • Tiada permohonan Kebenaran
Merancang
• Pelikuidasi : Jabatan Insolvensi Malaysia
(Selangor)
• Tiada sebarang kerjakerja pembinaan
12 Projek Perumahan Taman Visi Nusa di atas Lot 2092, Bukit Changgang, Mukim Tanjung
Dua Belas
Tetuan Visi Nusa Corporation Sdn. Bhd.
25 Unit (Rumah
Sesebuah
Satu
Tingkat)
2003 / 2005 90% • 3 unit rumah telah diduduki dan 5 unit siap tetapi tidak diduduki. 14 unit -90% siap 3 unit -40 % siap. • Tiada sebarang kerjakerja pembinaan
13 Projek Perumahan Di Atas Lot 175 dan 12163, Mukim Tanjung Dua
Belas
Tetuan Jamaras (M) Sdn. Bhd. 27 Unit (2 rumah berkembar
2 rumah banglo.
2006 / 2008 80% Tiada sebarang kerjakerja pembinaan 14 Projek Perumahan, Lot
2204, Tempat
Batu 14, Tanjung
Dua Belas, Mukim
Tanjung Dua
Belas
Tetuan Aghniyak Builders Sdn.
Bhd.
70 Unit (Rumah
Teres Satu Tingkat)
2005 / 2007 5% • Hanya kerja tanah sahaja disiapkan. • Tiada kelulusan pelan pembangunan dan kerja tanah.
• Pemaju Penyelamat : Raya Baiduri Sdn. Bhd. dilantik pada tahun 2012 namun tiada pemulihan dibuat.
-
Sila menyatakan nama Syarikat Pemaju dan tarikh / tahun mula membina.
Sama seperti di SUB(a)
-
Siapakah Agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat yang bertanggungjawab untuk memantau Projek Perumahan / Perdagangan Terbengkalai?
Bidang kuasa Kerajaan Negeri hanya terhad secara pentadbiran dalam membantu memulihkan projek terbengkalai yang mana kuasa ini pada dasarnya terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Dari itu, KPKT adalah dipertanggungjawabkan menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas projek-projek perumahan yang berlesen di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Akta 118). Selain itu juga, KPKT turut memantau ke atas projek yang dimajukan sebagai Pangsapuri Perkhidmatan (komersil) di mana sebelum pindaan 12 April 2007 Akta 118, pemajuan tersebut tidak perlu mendapatkan lesen pemajuan. Oleh demikian, manamana pemajuan perumahan berlesen di bawah KPKT dikategorikan sebagai projek lewat atau sakit atau terbengkalai maka tindakan penyelesaian akan diambil oleh KPKT dibawah Jabatan Perumahan Negara.
Pada masa yang sama juga, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor telah mengambil inisiatif dalam membantu ke arah penyelesaian projek terbengkalai di Negeri Selangor yang mana tidak terhad kepada projek perumahan berlesen sahaja dibawah KPKT, namun merangkumi projek perumahan tanpa lesen, projek pembesaran kampung, projek komersial dan pembangunan perindustrian. Sehubungan dengan tersebut, LPHS telah mengambil tindakan pemantauan ke atas projek terbengkalai di Negeri Selangor dan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) sebelum sebarang cadangan pemulihan dibawa ke Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk dipertimbangkan.