Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
304) PROJEK PERUMAHAN MEWAH
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan Pemaju yang bertanggungjawab menjalankan projek di Kawasan Hijau Kelab Tasik Pandan, Pandan Perdana?
BEST BOULEVARD SDN BHD
-
Apakah kriteria kelulusan bagi menjalankan sesuatu projek di tanah Kerajaan Negeri?
Projek dijalankan di atas tanah hakmilik Best Boulevarad Sdn Bhd iaitu diatas Lot 44816 Seksyen 15, Taman Pandan Perdana , Mukim Ampang , Daerah Hulu Langat ,
-
Apakah tindakan terhadap aduan yang dikemukakan penduduk yang mahukan penjelasan status projek tersebut?
Pihak Majlis mengadakan Sesi Taklimat Projek pada 24/8/2013 bagi mendengar segala pandangan dan bantahan penduduk. Pada sesi taklimat tersebut , pihak pemaju telah memberi penerangan berkenaan cadangan pembangunan yang akan dijalankan . Sesi taklimat telah dihadiri oleh pembantah yang mengemukakan surat bantahan , penduduk Taman Pandan Perdana, Pihak NGO, Adun Teratai ( YB. Tiew Wey Keng) & Ahli Parlimen ( YB. Rafizi Ramli)
Pihak Majlis telah mengambil maklum pandangan & bantahan penduduk dengan memaksukkan beberapa perkara berkaitan ke dalam syarat kelulusan bagi dipatuhi oleh pihak pemaju .