Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
25) PROJEK PERUMAHAN DI LEMBAH JAYA DAN AMPANG
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pembangunan perumahan bagi golongan berpendapatan RM5,000 dan ke bawah di Lembah Jaya khususnya dan Ampang amnya?
Untuk makluman Yang Berhormat, isi rumah berpendapatan RM5,000 dan kebawah di Negeri Selangor adalah disyorkan untuk membeli Rumah Selangorku sebagai rumah pertama yang mana jualannya bermula pada harga RM42,000 hingga RM250,000 seunit. Sehingga 1 Oktober 2022, Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak 14 projek dengan 2,739 unit Rumah Selangorku untuk ditawarkan kepada mereka yang berkelayakan di kawasan Ampang. Perincian status pembangunan tersebut adalah seperti berikut: –
Perincian Pembangunan RSKU di Kawasan Ampang