Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

7) PROJEK PERUMAHAN DAN KOMERSIL TERBENGKALAI

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah projek pembangunan perumahan dan komersil di Negeri Selangor yang tidak dapat disempurnakan oleh pemaju atau terbengkalai dari 1 Januari 2003 hingga kini? Sila menyenaraikan nama-nama projek dan pemaju tersebut masing-masing.

    Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah projek pembangunan perumahan dan komersil di Negeri Selangor yang tidak dapat disempurnakan oleh pemaju atau terbengkalai dari 1 Januari 2003 hingga kini adalah sebanyak 138 projek yang melibatkan 36,416 unit. Senarai projek terbengkalai mengikut pecahan Pihak Berkuasa Tempatan seperti berikut:

     

    NO

    KAWASAN PBT PROJEK PERUMAHAN PROJEK KOMERSIAL JUMLAH PROJEK JUMLAH UNIT
    1 MBSA 9 1 10 3,620
    2 MBPJ 3 2 5 2,246
    3 MPSJ 6 3 9 2,776
    4 MPAJ 8 8 3,282
    5 MPK 27 3 30 3,167
    6 MPKJ 16 16 5,280
    7 MPS 11 11 3,257

     

     

    NO

    KAWASAN PBT PROJEK PERUMAHAN PROJEK KOMERSIAL JUMLAH PROJEK JUMLAH UNIT
    8 MPSp 8 8 3,208
    9 MDKS 10 10 3,691
    10 MDHS 14 1 15 4,855
    11 MDKL 15 1 16 1,034
    JUMLAH 127 11 138 36,416
  2. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah tersebut dan apakah rancangan Kerajaan Negeri yang kini ada untuk membantu pembeli-pembeli dalam projek-projek yang terbengkalai?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) senantiasa berusaha membantu dalam menyelesaikan masalah projek terbengkalai di Negeri Selangor. Walaupun bidang kuasa Kerajaan Negeri hanya terhad secara pentadbiran dalam membantu memulihkan projek terbengkalai yang mana kuasa ini pada dasarnya terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966. Antara tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah projek terbengkalai adalah seperti berikut :

     

    1. Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) yang terdiri daripada Y.B. Penasihat Undang – Undang, Pengarah Eksekutif LPHS, Pembantu EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Jabatan Kerja Raya, Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pejabat Tanah dan Daerah berkaitan, Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Insolvensi/Liquidator, Jawatankuasa Pembeli/Pemilik Rumah dan Bank terlibat yang mana dipengerusikan oleh saya sendiri telah dilaksanakan secara berjadual sejak tahun 2011 bagi membincangkan dan mendapatkan kerjasama semua pihak dalam memulihkan projek terbengkalai. Jawatankuasa ini yang diurus setia oleh LPHS juga memainkan peranan penting dalam merangka pelan pemulihan di samping membuat penilaian semula projek terbengkalai sama ada projek tersebut berdaya maju dan boleh dipulihkan.

     

    1. LPHS juga akan mengadakan perbincangan dengan pemaju terbabit bersama semua jabatan teknikal termasuk pihak bank sekiranya projek tersebut berdaya maju dan boleh dipulihkan dengan tujuan mempercepatkan kaedah pemulihan projek dengan mengenakan syarat minima bagi membolehkan projek disambung semula dengan kos tambahan yang minima tanpa mengabaikan isu-isu

     

    • Bagi pemaju yang menghadapi masalah kewangan, LPHS akan mengatur pertemuan dengan pembiaya-pembiaya bagi melihat pendekatan yang sesuai dalam membantu pemaju-pemaju menstruktur semula pembiayaan titian (bridging loan) supaya projek boleh diteruskan. Sekiranya masih gagal dan terdapat pemaju/kontraktor berwibawa yang berminat memulihkan projek berkenaan LPHS akan mengemukakan cadangan pemulihan tersebut kepada KPKT untuk membuat

     

    1. Bagi pemaju-pemaju yang sedang dalam proses atau telah digulung, perbincangan dengan pihak Jabatan Insolvensi Malaysia akan diaturkan dari masa ke semasa untuk menyemak sama ada LPHS boleh mencadangkan mana-mana ‘liquidator’/Pegawai Penerima yang berwibawa bagi mempercepatkan pemulihan semula projek terbengkalai. Bagi projek-projek yang telah diletakkan di bawah ‘liquidator’/Pegawai Penerima pula perbincangan akan dijalankan bersama ‘liquidator’/Pegawai Penerima terbabit bagi mencari kaedah terbaik dalam memulihkan projek yang

     

    1. Bagi projek yang boleh dipulihkan di mana melibatkan kenaikan kos, LPHS akan melantik Juruukur Bahan untuk menilai semula kos pemulihan projek tersebut yang bertujuan untuk memaklumkan kos tambahan yang perlu ditanggung oleh pembeli sekiranya projek itu ingin diteruskan.

     

    1. LPHS juga akan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri tindakan- tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil demi memastikan hak pembeli terhadap hartanah mereka terjamin. Tindakan perampasan tanah boleh dibuat sekiranya wujud pelanggaran peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 seperti kegagalan membayar cukai tanah di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara (KTN) dan pelanggaran syarat di bawah Seksyen 129 Kanun yang sama. Selain itu, pengambilan tanah juga dilaksanakan sebagai usaha membolehkan projek terbengkalai dipulihkan semula dan seterusnya dimajukan secara
  3. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai sistem untuk menyenaraihitamkan pemaju- pemaju yang tidak dapat menyempurnakan projeknya? Jika ada, adakah sistem tersebut juga akan menyenaraihitamkan pengarah-pengarah dan pemegang- pemegang syer syarikat-syarikat pemaju tersebut?

    Di samping itu juga, Kerajaan Negeri turut mengambil langkah proaktif ke arah membantu pembeli-pembeli projek terbengkalai tersebut bagi memahami situasi yang mereka hadapi dan bertindak sebagai pemudah cara dalam menasihati mereka bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Kerajaan Negeri sememangnya amat prihatin ke atas nasib pembeli-pembeli rumah terbengkalai dengan membantu pembeli terlibat iaitu :

    1. LPHS mengeluarkan surat pengesahan projek terbengkalai supaya pembeli dapat berurusan dengan pihak bank bagi tujuan penstrukturan semula pembiayaan pinjaman pembeli. Melalui penstrukturan tersebut, ini membolehkan penyenaraihitaman tersebut ditarik balik dan memudahkan proses pemulihan projek yang akan

     

     

    1. Membantu pembeli menubuhkan jawatankuasa bertindak supaya tindakan yang diambil dapat diselaraskan dengan pihak berkuasa dan badan yang terlibat di mana persetujuan untuk memulihkan perlu diperoleh daripada sekurang-kurangnya 85% daripada

     

    • LPHS juga memberi khidmat nasihat dan panduan mengenai tindakan yang boleh diambil oleh pembeli untuk membawa kes ke Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)

     

    1. Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan ke atas pemaju terbabit dengan mendapatkan nama-nama Ahli Lembaga Pengarah tersebut daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk disenaraihitamkan dan diedarkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan turut dipaparkan dalam laman web Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS). Melalui sistem pendaftaran pemaju (SPEM) di LPHS, pemaju diwajibkan berdaftar sekiranya ingin menjalankan pembangunan perumahan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Kebenaran Merancang diluluskan oleh PBT. Sekiranya dikenal pasti nama-nama pemaju terlibat telah disenaraihitamkan maka pemaju tersebut tidak akan dibenarkan untuk melaksanakan apa-apa pembangunan di Negeri Selangor termasuk membuat permohonan untuk pembangunan tanah walaupun mereka hanya berperanan sebagai salah seorang pemilik syer sahaja di bawah syarikat pemaju lain.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.