Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
331) PROJEK PERUMAHAN BUKIT BOTAK
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini projek penempatan semula Bukit Botak?
Berdasarkan laporan PKNS projek penempatan semula Bukit Botak telah siap dan semua tawaran semi-D dan Taman Selayang Mutiara yang memenuhi syarat telah selesai.
-
Berapakah orang yang masih belum mendapat rumah mereka?
Tawaran rumah semi-D kepada peneroka Bukit Botak (Taman Selayang Mutiara) selesai cuma masalah pinjaman di luar bidang kuasa Pentadbir Tanah Gombak.