Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
28) PROJEK PERUMAHAN BUKIT BERUNTUNG
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah sebab utama kegagalan projek perumahan Bukit Beruntung?
Perumahan Di Bukit Beruntung mengalami kegagalan disebabkan oleh
kurangnya kemudahan asas :-
i) Pihak pemaju tidak menyerahkansistem bekalan air keseluruhankepada
pihak Syabas dan pemaju bekalkan air kepada pengguna menggunakan
kaedah pukal.
ii) Kemudahan bank hanya satu bank sahaja berada si kawasan
berhampiran iaitu Bank Public Bank.
iii) Pejabat pos mini paling hampir berada di Taman Bunga Raya.
iv) Pengangkutanawam yang kurang dan lemah.
v) Tiada kemudahandewan orang ramaL
vi) Kemudahandan kelengkapansekolahyang tidak mencukupidan kurang.
vii) Banyak projekterbengkalai di kawasan sekitamya.
viii) Tiada tarikan orang awam untuk menduduki kawasan tersebut seperti
tiadanya institusi pengajiantinggi atau kemahiran.
Aduan bangunan yang retak tidak diperbaiki oleh pihak pemaju atas alasan
liabiliti telah tama -
Apakah rancangan-rancangan terbaru kerajaan untuk memulihkan projek perumahan yang gagal ini demi menyelesaikan kebuntuan yang dialami oleh ribuan pembeli-pembeli rumah di Bukit Beruntung?
Bagi memulihkan projek-projek perumahan di Bukit Beruntung, Kerajaan Negeri
sedang dan akan menjalankanperkara-perkaraberikut :-
i) Pihak pemaju dalam tindakan dengan pihak Syabas untuk mendapatkan
meter air individu dan dianggarkan mendapat meter pada bulan Ogos
(maklumatdari pemaju).
— —
— — — –..-.—–.-..—-.-
ii) Pembinaandewan oleh Majlis telah diluluskan pembiayaannya.
iii) Pembinaan sekolah rendah di Bukit Beruntung oleh Kementerian
Pendidikandan pembinaansedang dalam pelaksanaan.
iv) Pembinaansekolah agama oleh Jabatan Agama Islam (JAIS) dan dalam
proses pembinaan.
v) Bagi projek terbengkalai dalam tindakan Lembaga Perumahan Dan
Hartanah Negeri Selangor untuk memulihkannya dan Majlis Daerah
menghubungipihak pemajudan Liquidator bagi mencari penyelesaian.