Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

154) PROJEK PERUMAHAN AIR MANIS SABAK BERNAM

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status projek perumahan rakyat Selangorku di Air Manis Sabak Bernam?

    PNSB telah melantik satu syarikat usahasama untuk menjalankan pembangunan ke atas tanah tersebut. Buat masa kini, syarikat usahasama tersebut di dalam proses menyediakan pelan-pelan berkaitan untuk kelulusan daripada Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB). Selain dari itu, memandangkan projek Rumah Idaman yang dibina adalah sebanyak 217 unit yang berupa Rumah Teres 1 Tingkat, kelulusan mengenai perkara ini perlu diperolehi terlebih dahulu daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

  2. Bilakah tarikh projek tersebut akan dimulakan?

    Projek ini akan dimulakan selepas semua kelulusan berkaitan seperti Kebenaran Merancang (KM), Pelan Pembangunan dan Kerja Tanah diperolehi daripada Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.