Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

142) PROJEK PERUMAHAN AIR MANIS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apa status projek ini buat masa sekarang?

    Pembangunan Projek pembangunan Taman Air Manis akan dilakukan dalam empat (4) fasa. Kelulusan Pelan Bangunan daripada Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) adalah seperti berikut:

    1. Fasa 1 (skim perumahan) pada 31 Disember 2021;
    2. Fasa 2 (skim perniagaan) pada 25 Januari 2022; dan
    3. Fasa 3 (skim perumahan) pada 7 September 2022.

    Status kemajuan terkini di tapak bagi Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 sehingga bulan 15 Oktober 2023:

    Fasa 1 merangkumi 54 unit Rumah Idaman 1 tingkat (RT1) dan 6 unit rumah teres 2 tingkat (RT2). Secara keseluruhan, pembangunan untuk Fasa 1 adalah pada tahap 80% kemajuan.

    Fasa 2 adalah merangkumi 26 unit Kedai Pejabat 2 tingkat (KP1 dan KP2) adalah pada 70% kemajuan.

    Manakala, Fasa 3 merangkumi 67 unit rumah teres 1 tingkat (RT1) dan 14 unit rumah kembar 1 tingkat (RB) adalah pada 20% kemajuan.

  2. Apakah syarikat dan kontraktor yang terlibat?

    Syarikat dan kontraktor yang terlibat di dalam projek perumahan air manis adalah GSM Sdn Bhd.

  3. Apakah kekangan sehingga projek ini terlalu lama dan lambat untuk disiapkan?

    Kebenaran Merancang yang asal telah diluluskan pada 20 Februari 2013 oleh Majlis Daerah Sabak Bernam dan diarahkan untuk dipinda memandangkan terdapat ulasan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai cadangan Jajaran Jalan FR5 (Tanjung Karang – Hutan Melintang) oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia yang terlibat disebahagian tanah ini.

    Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (MMKN) ke 33/2014 pada 27 Ogos 2014 telah menimbang dan bersetuju dengan kajian perubahan dan pembinaaan jajaran alternatif melalui terusan utama (bund canal) bagi menggantikan jajaran FR5 (Tanjung Karang – Hutan Melintang). Keputusan ini telah menyebabkan tanah PNSB tidak lagi terlibat dengan jalan berkenaan.

    Setelah Kelulusan Pelan Bangunan baharu diperolehi daripada Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 31 Disember 2021, tiada kekangan untuk pihak syarikat dan kontraktor dalam menyiapkan projek tersebut.

    Untuk makluman YB Tuan juga, jangkaan projek siap keseluruhan adalah dalam tempoh 3 tahun bermula tahun 2022 iaitu 1.5 tahun untuk pembangunan perumahan dan 1.5 tahun untuk pembangunan komersial.

Lampiran

Tiada Lampiran.