Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
254) PROJEK PERINTIS TANAMAN PADI
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini projek tersebut?
Projek ini sedang dijalankan melibatkan kawasan padi di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Melalui projek ini, Jabatan Pertanian menggalakkan penanaman menggunakan mesin transplanter, penggunaan produk natural farming dan pengurusan perosak secara bersepadu. Bagi tahun 2015, jumlah peruntukan yang disalurkan berjumlah RM2,750,000.
-
Sila nyatakan setakat ini apakah kemajuan yang dicapai oleh petani yang menyertai Projek tersebut?
Projek ini telah mencapai hasil purata bersih sebanyak 6.4 tan/ha dengan pendapatan purata sebulan sebanyak RM1,866.00.
-
Sila nyatakan blok sawah yang dikenalpasti dalam Projek Perintis pada tahun 2015?
Blok-blok sawah yang telah dikenal pasti bagi projek Perintis 2015 adalah seperti berikut:-
Bil. Kawasan Luas (ha) 1. Sungai Nipah 1 (Peket 100) 86.6 2. Sungai Nipah 1 (Peket 60) 66.6 3. Parit 6 Timur Sungai Besar 83.3 4. Blok O1 Sungai Burong 62.4