Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

156) PROJEK PERINTIS TANAMAN PADI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini projek tersebut ?

    Projek ini masih diteruskan bagi membantu pesawah padi meningkatkan mutu hasil dan pendapatan mereka dengan program-program berikut:

    • Perataan tanah untuk penapakan dan pengurusan air sawah
    • Pembajaan bagi meningkatkan hasil
    • Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)
    • Pertanian mapan yang lebih mesra alam
    • Kursus dan latihan kepada petani
    • Teknologi mekanisasi dan jetera pertanian yang moden
  2. Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan bagi tahun 2015 ?

    Bagi tahun 2015, jumlah peruntukan yang disalurkan berjumlah RM 2,750,000.

  3. Sila huraikan secara detail bantuan yang disalurkan oleh KNS kepada pesawah sejak 5 tahun yang lalu ?

    Sejak 5 tahun lalu, sejumlah RM 27,000,000 telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada pesawah. Antara bantuan yang diberi kepada pesawah adalah pemberian baja tambahan, kawalan perosak, pengutipan jerami padi, pemulihan tanah masam (berasid), bantuan jentera kecil dan sederhana dan kursus-kursus serta latihan kepada pesawah.

Lampiran

Tiada Lampiran.