Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

151) PROJEK PERINTIS BANDAR PINTAR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan sebuah projek perintis Bandar Pintar demi merancakkan lagi usaha Selangor menuju Bandar Pintar 2025 ?

    Beberapa projek Bandar Pintar sedang dibangunkan di Selangor, seperti Subang Jaya (oleh MPSJ) dan Petaling Jaya (oleh MBPJ). Selain itu, pihak pemaju perumahan di Negeri Selangor turut mengambil inisiatif membangunkan bandar pintar seperti Bandar Sunway (pemaju: Sunway Group) dan Cyberjaya (pemaju: Setia Haruman).

     

    SSDU amat menggalakkan pembangunan lebih banyak bandar-bandar pintar sebegini dan akan membantu dari segi penyelarasan dengan program-program Smart Selangor serta bekerjasama sekiranya perlu bagi memastikan aspirasi Kerajaan Negeri untuk menjadikan Selangor sebagai Smart State terulung di ASEAN pada tahun 2025 akan menjadi kenyataan.

Lampiran

Tiada Lampiran.