Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
180) PROJEK PERINTIS 5G
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status projek Perintis 5G yang telah diumumkan dalam bajet yang lepas?
Kerajaan Negeri Selangor sedang melakukan kajian/ merangka penyediaan infrastruktur 5G di Bangunan SUK 1 dan melaksanakan projek rintis untuk memberi keselesaan dan keselamatan untuk kakitangan, pelawat serta orang ramai yang berurusan dengan Kerajaan Negeri di dalam bangunan tersebut dan kawasan sekelilingnya. Kerajaan Negeri juga akan bekerjasama dengan pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang lain.
Namun begitu, projek ini sedang dikaji semula berikutan perubahan dasar di peringkat Persekutuan dengan pelancaran My Digital dan penubuhan Digital Nasional Berhad (DNB). DNB sebagai pemegang tunggal lesen dan penyedia rangkaian infrastruktur 5G negara akan membangunkan infrastruktur yang berkaitan di seluruh negara .
Berdasarkan semakan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sehingga kini belum ada kajian khusus berkenaan statistik penggunaan peranti 5G yang menyeluruh dilaksanakan samada di peringkat Nasional mahupun peringkat Negeri.
-
Capaian 5G hanya boleh digunakan hanya melalui peranti yang mempunyai kapasiti 5G. Apakah statistik penggunaan peranti 5G di Negeri Selangor dan adakah kajian yang mendalam telah dibuat sebelum Kerajaan Negeri Selangor meneruskan projek ini ke skop yang lebih meluas?
Jawapan adalah sama seperti di (a)