Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

37) PROJEK PENYALURAN AIR DARI PAHANG KE SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah progress projek ini dilaksanakan?

    Projek penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor ketika ini sedang
    dalam proses penyiasatan tanah oleh kontraktor pembinaan terowong
    penyaluran air mentah.

  2. Benarkah dakwaan bahawa projek ini merosakkan alam sekitar dan mencemarkan sungai di Hulu Langat?

    Projek ini pada dasarnya tidak akan merosakkan alam sekitar dan
    mencemarkan sungai di Hulu Langat kerana aspek pemeliharaan dan
    pemuliharaan alam sekitar amat dititikberatkan di bawah pelan
    pengurusan alam sekitar (EMP) yang disediakan oleh pasukan projek.
    Setiap pelaksanaan projek akan dipantau dengan teliti oleh semua
    jabatan teknikal di bawah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Y.B.
    Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

  3. Berapa banyakkah tanah awam terlibat dengan projek ini dan berapakah pampasan yang terpaksa dibayar?

    Pengambilan balik tanah di negeri Selangor yang terlibat adalah sebanyak 311
    lot tanah persendirian dengan keluasan sebanyak 250.788 hektar. Anggaran
    pampasan tanah secara keseluruhannya bagi 311 lot ini adalah sebanyak
    RM534 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.