Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
94) PROJEK PENTERNAKAN BABI MODEN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan masih berhasrat untuk menggerakkan semula projek ini memandangkan ianya akan menyelesaikan masalah pencemaran yang sering mengganggu kesihatan dan kehidupan penduduk di kawasan Kuala Langat?
Secara dasarnya, Kerajaan Negeri akan meneruskan semula projek Penternakan Babi Moden (Modern Pig Farming(MPF) ini memandangkan ianya mendatangkan kebaikan kepada semua pihak dan seterusnya dapat mengatasi isu pencemaran sebagaimana yang telah dibangkitkan.
-
Apakah halangan-halangannya dan apakah cara-cara penyelesaian yang dicadangkan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah-masalah ini?
Bagi meneruskan pelaksanaan projek MPF ini, sudah tentulah terdapat halangan- halangan daripada pihak-pihak berkaitan yang berkepentingan di kawasan tersebut. Justeru itu, sebelum pelaksanan projek MPF, Kerajaan Negeri akan memberikan pemahaman kepada semua golongan iaitu masyarakat setempat dan juga penternak sedia
Kerajaan Negeri akan mengadakan sesi perjumpaan dan penerangan dengan semua penduduk tempatan yang berkepentingan di kawasan tersebut dan memaklumkan kepada mereka bahawa dengan adanya konsep penternakan moden ini masalah berkaitan pencemaran bau dan alam sekitar akan dapat diatasi secara menyeluruh.
Langkah seterusnya, Kerajaan Negeri akan mengadakan sesi perjumpaan dan penerangan dengan semua penternak untuk memaklumkan bahawa dengan wujudnya sistem penternakan moden ini, perniagaan mereka tidak akan terjejas malah ianya akan lebih mendatangkan hasil yang lebih baik. Produk ternakan mereka akan menjadi lebih berkualiti dan menepati piawaian penternakan. Dalam masa yang sama juga, penternak perlu dimaklumkan tentang kesan baik kepada alam sekitar dan penduduk setempat serta mewujudkan suasana ‘menang- menang’ di antara penduduk dan penternak.