Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
373) PROJEK PENSWASTAAN PKNS
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah butiran terma-terma penswastaan yang dipersetujui antara PKNS dan syarikat pemaju bagi projek Tropicana Edelweiss dan Datum Incity, Petaling Jaya?
Pembangunan Projek Tropicana Edelweiss bukan sebuah projek Penswastaan. Projek ini dilaksanakan oleh sebuah Syarikat Usahasama (“Special Purpose Vehicle”) di antara PKNS (30%) dengan Tropicana Indah Realty Sdn Bhd (TIRSB) (70%) yang dikenali sebagai Tropicana Indah Sdn Bhd (TISB).
Pembangunan Tropicana Edelweiss dibiayai sepenuhnya oleh TISB. Pemegang saham akan berkongsi keuntungan mengikut peratus pegangan saham.
Pembangunan Projek Datum In City merupakan Projek Penswastaan di antara PKNS dengan Syarikat Melati Ehsan (M) Sdn Bhd (MEMSB) dan dibangunkan sepenuhnya oleh MEMSB sebagai pemaju. PKNS sebagai tuan tanah mendapat pulangan dengan nilai yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak daripada pembangunan tersebut.
Kedua-dua Perjanjian adalah masih sah dan berkuatkuasa. Walau bagaimanapun, terma-terma Perjanjian adalah sulit.