Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

69) PROJEK PENSTABILAN TEBING/CERUN DI ANTARA RUMAH NO. 29, JALAN ANGKASA INDAH 1D, TAMAN ANGKASA INDAH, 43000 KAJANG, SELANGOR DAN 10 BLOK APARTMENT DESA MUTIARA, KAJANG

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah kerja penstabilan tebing/cerun di antara rumah No. 29, Jalan Angkasa Indah 1D, Taman Angkasa Indah, 43000 Kajang, Selangor dan 10 blok Apartment Desa Mutiara, Kajang akan dimulakan?

    Pihak MPKj telah mengemukakan permohonan peruntukan bagi kerja-kerja pembaikan kepada Pegawai Kewangan Negeri (PWN) pada 16/6/2017 dan masih menunggu maklum balas. Kerja-kerja dijangka akan dilaksanakan pada bulan 8 tahun 2017.

  2. Apakah butir-butir projek tersebut?

    Kerja-kerja pembaikan menggunakan kaedah Soil Nailing.

  3. Berapa lama projek tersebut dijangka siap?

    Projek tersebut mengambil masa selama 6 bulan.

Lampiran

Tiada Lampiran.