Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
208) PROJEK PENGHUTANAN SEMULA 10,000 HEKTAR KAWASAN DI BUKIT TAREK DAN RANTAU PANJANG DI BAWAH PKPS
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Projek ini dipajakkan kepada enam buah syarikat persendirian pada harga yang terlalu rendah seperti RM10/Ha setahun bagi tahun 1 Ð 6. Jika kawasan ini tidak dipajakkan kepada syarikat persendirian berkenaan selama 50 tahun, PKPS berkemungkinan mendapat kesemua pendapatan jualan getah balak dan sentang: Berapa banyakkah pendapatan yang hilang daripada PKPS kesan daripada pajakan 50 tahun kepada syarikat-syarikat persendirian ini?
Pada asalnya tanah tersebut merupakan kawasan hutan simpan milik Kerajaan Negeri Selangor yang diusahakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor untuk program penghutanan semula ladang hutan akasia. Setelah projek tersebut ditamatkan, tanah tersebut diberikan secara pajakan kepada PKPS.
PKPS memperoleh pendapatan melalui royalti balak dan hasil ladang sebanyak 4 peratus. Manakala syarikat pemajak dikehendaki membayar cukai-cukai kepada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor yang mana kadarnya ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.
Jangkaan pulangan kepada PKPS bagi tempoh 2001-2024 adalah sebanyak RM 40,050,613/-. Jumlah ini diperoleh daripada hasil pajakan tanah, royalti balak dan royalti hasil ladang. Pendapatan ini adalah 3.7% daripada pendapatan syarikat-syarikat pemajak iaitu berjumlah RM 1,068,795,989/-
-
Apakah asas-asas Jemaah Ahli-ahli PKPS pada masa itu untuk memberikan pajakan kepada syarikat-syarikat persendirian?
Asas-asas pemilihan oleh Jemaah Ahli-ahli PKPS adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:-
1) Kelulusan yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor.
2) Kemampuan kewangan syarikat.
3) Sumber tenaga kerja yang ramai
4) Berpengalaman dan mempunyai pengetahuan dalam melaksanakan projek penghutanan semula. -
Apakah kerajaan berhasrat untuk mengambil alih pengurusan perhutanan semula di kawasan tersebut?
Cadangan pengambilalihan pengurusan penghutanan semula ini perlu diteliti secara mendalam memandangkan PKPS dan syarikat-syarikat pemajak mempunyai dokumen perjanjian konsesi jangka panjang. PKPS bersama-sama Kerajaan Negeri sedang meneliti dan mengkaji dokumen perjanjian konsesi yang ada bagi melihat sebarang kemungkinan tindakan boleh diambil terhadap PKPS.