Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

30) PROJEK PENGGANTIAN PAIP LAMA

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerja-kerja projek penggantian paip lama di Kg Asam Kumbang telah siap? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

    Kerja-kerja penggantian paip di Kg Asam Kumbang yang bermula pada bulan Januari 2017 dijangka siap pada akhir April 2018. Sebanyak 3,140 meter paip sedang digantikan dan kini kerja pemasangan paip komunikasi dan kekaki meter sedang giat

  2. Nyatakan langkah-langkah yang akan diambil oleh Air Selangor bagi memastikan korekan jalan dan longkang dirosakkan oleh kontraktor semasa penggantian paip lama di Kg Asam Kumbang akan dipulihkan sepenuhnya.

    Seperti yang termaktub dalam syarat-syarat kontrak kerja ini, pihak kontraktor perlu membaiki sebarang kerosakan pada jalan dan longkang akibat kerja-kerja penggantian paip lama. Selepas projek ini siap, pihak kontraktor perlu membaiki sebarang kerosakan jalan dan longkang jika ada aduan dari Majlis Daerah Hulu Selangor dan orang

  3. Nyatakan projek penggantian paip lama yang akan dilaksanakan di kawasan Kuala Kubu Bharu dan Rasa selepas projek penggantian paip lama di Kg Asam Kumbang siap.

    Lokasi penggantian paip lama yang akan dilaksanakan di kawasan Kuala Kubu Baharu adalah di sepanjang Jalan Syed Mansor dan lokasi di Rasa adalah di Rumah Murah Rasa. Tawaran tender untuk kedua-dua lokasi ini akan disiarkan dalam suratkhabar pada bulan Mac 2018 dan kerja-kerja penukaran paip-paip lama di kedua-kedua lokasi ini dijangka akan bermula pada bulan Jun

Lampiran

Tiada Lampiran.