Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

64) PROJEK PENGGANTIAN PAIP DI KAMPUNG CHEMPAKA

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Saya ingin meminta maklumbalas daripada pihak KUSEL tentang projek penggantian paip di Kampung Chempaka. Air Selangor telah menghantar surat kepada Ketua Pembangunan Koridor Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) pada bulan April 2022 lalu.

    Pihak KUSEL hanya menerima dokumen pra permohonan yang lengkap pada 29 Julai 2022 yang seterusnya telah diluluskan pada 3 Ogos 2022. Pihak Air Selangor telah dimaklumkan untuk menyediakan Dokumen Permohonan Lengkap. Namun, sehingga ke hari ini, pihak KUSEL masih belum menerima sebarang permohonan permit dan bayaran khidmat pelan Utility Detection Mapping (UDM) dan Traffic Management Plan (TMP) untuk kerja-kerja penggantian paip di Kampung Chempaka yang melibatkan Jalan PJU 1/4.

Lampiran

Tiada Lampiran.