Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

73) PROJEK PENGGANTIAN PAIP DAN PENAMBAHBAIKAN

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan kesemuaan projek-projek penggantian paip air bermula tahun 2018 sehingga kini di bawah DUN Bandar Utama.

    Berikut merupakan senarai lokasi penggantian paip yang telah digantikan sejak 2018, dan akan digantikan, bagi kawasan DUN Bandar Utama:

     

    • Kerja-kerja penggantian paip sepanjang 0.47km di Jalan Kekwa, Kampung Sungai Kayu Ara, Petaling telah siap sepenuhnya pada Januari 2018.

     

    • Kerja-kerja penggantian paip sepanjang 0.11km di Jalan SS 4C/7, SS 4C, Petaling, telah siap sepenuhnya pada Mei 2021.

     

    • Kerja-kerja penggantian paip sepanjang 0.72km di Jalan PJU1/4, PJU 1 Kampung Cempaka Petaling, telah dianugerahkan kepada kontraktor pada 26 Oktober 2021. Pembinaan masih tidak dapat dimulakan dan masih dalam proses permohonan kelulusan permit melalui KUSEL.

     

    • Kerja-kerja penggantian paip sepanjang 0.89km di Jln SS 22/31, SS 22 Damansara Jaya, Petaling telah dianugerahkan kepada kontraktor pada 8 Februari 2023 dan kerja pembinaan akan bermula selepas mendapat kelulusan permit.

     

    • Kerja-kerja penggantian paip sepanjang 0.28km di Jln SS 24/1, SS 24 Taman Megah, Petaling telah dianugerahkan kepada kontraktor pada 8 Februari 2023 dan kerja pembinaan akan bermula selepas mendapat kelulusan permit.

     

    • Kerja-kerja penggantian paip sepanjang 8.8km di Kampung Chempaka, Petaling masih dalam peringkat reka bentuk dan dijangka akan dapat dianugerahkan pada Jun 2023 yang melibatkan beberapa jalan antaranya:

     

    1. Jalan Bukit Mayang Emas,
    2. Jalan PJU 1/1,
    3. Jalan PJU 1/3 & 1/3a,
    4. Jalan PJU 1/4a,
    5. Jalan PJU 1/4b dan 1/4c,
    6. Jalan PJU 1/5 – 1/11,
    7. Jalan PJU 1/13,
    8. Jalan PJU 1/16 – 1/27,
    9. Jalan PJU 1/29 – 1/36, dan
    10. Jalan PJU 1/38.
  2. Sila senaraikan apa-apa penambahbaikan tambahan yang telah dijalankan bertujuan untuk membantu isu gangguan air di bawah DUN Bandar Utama.

    Air Selangor telah menjalankan projek bekalan air alternatif dari Loji Rawatan Air Langat 2 sebagai satu inisiatif tambahan bagi membantu isu gangguan air di bawah DUN Bandar Utama, yang mana jajaran paip utama dijangka siap pada penghujung Jun 2023. Apabila jajaran paip utama tersebut diaktifkan, ia akan dapat mengurangkan pengeluaran dari Loji Rawatan Sungai Selangor Fasa 1 dan seterusnya dapat meningkatkan margin simpanan air atau ‘water reserve margin’ loji rawatan tersebut yang mana Kolam Air Effingham akan menerima bekalan air dari Loji Rawatan Sungai Selangor Fasa 1. Keadaan ini secara langsung akan dapat menstabilkan paras Kolam Air Effingham bagi memastikan bekalan air dapat dibekalkan secara berterusan kepada pengguna di kawasan tersebut. Selain itu, antara inisiatif penambahbaikan yang telah dijalankan bagi mengurangkan isu gangguan bekalan air khususnya bagi kes paip pecah adalah dengan membuat pembentukan Pemeteran Zon Daerah atau ‘District Metering Zone” (DMZ)’ bertujuan untuk memantau dan mengawal tekanan air di dalam paip secara berterusan bagi mengurangkan berlakunya kejadian paip pecah. Setakat ini, sebanyak 21 zon DMZ telah dibentuk di dalam kawasan DUN Bandar Utama.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.