Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

223) PROJEK PENCEGAHAN BANJIR DI SUNGAI BALAK, KAJANG, SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan butir-butir kerja Projek Pencegahan Banjir (flood mitigation) di Sungai Balak, Kajang, Selangor

    Skop kerja bagi Projek Pencegahan Banjir di Sg. Balak, Kajang Selangor adalah seperti berikut :-

    • Menaiktaraf sungai sepanjang 1850m
    • Kerja pengukuhan tebing sepanjang 1850m
    • Membina floodwall sepanjang 250m
    • Dan kerja-kerja berkaitan (seperti membina ‘outlet structure’ dan menaiktaraf laluan pejalan kaki di jambatan)
  2. Sila menyatakan nama Agensi Kerajaan yang bertanggungjawab di atas Projek ini.

    Agensi yang bertanggungjawab melaksanakan projek ini adalah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor dan pemantauan projek oleh JPS Daerah Hulu Langat.

  3. Sila menyatakan jumlah kos perbelanjaan terlibat , tempoh masa kerja mula dan tamat serta kawasan-kawasan perumahan yang mendapat manfaat daripada projek ini.

    Jangkaan iklan tender adalah pada 7 November 2017 dan tarikh mula projek dijangka pada Februari 2018 dan dijangka siap pada Ogos 2019. Projek ini menggunakan peruntukan pembangunan negeri P13 ( Agihan Perbelanjaan 2018). Projek ini diluluskan di bawah peruntukan caruman parit pada 2015 dan projek telah siap direkabentuk pada 2016. Walaubagaimanapun, projek ini tidak dapat ditender kerana kekangan peruntukan disebabkan kutipan caruman parit yang kurang memberangsangkan.

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menggunakan peruntukan P13 dan akan dilaksanakan pada tahun 2018.

    MAKLUMAT TAMBAHAN:

    KUTIPAN CARUMAN TAHUN 2016 DAN 2017

    BULAN KUTIPAN TAHUN 2016
    (RM)
    KUTIPAN TAHUN 2017
    (RM)
    PERATUS PERBEZAAN
    (%)
    Januari 843,328.55 833,333.88 -1.19%
    Februari 332,726.95 916,550.51 175.47%
    Mac 3,697,267.03 1,341,396.72 -63.72%
    April 3,693,362.03 1,626,431.27 -55.96%
    Mei 970,552.90 1,268,585.77 30.71%
    Jun 689,266.07 776,651.54 12.68%
    Julai 1,346,859.68 4,434,675.50 229.26%
    Ogos 1,359,519.73 1,747,960.67 28.57%
    September 2,336,501.12 4,106,944.15 75.77%
    Oktober 1,494,871.05 1,068,683.44 -28.51%
    November 1,465,759.27    
    Disember 1,933,706.02    

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.