Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
63) PROJEK PENCEGAHAN BANJIR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status projek-projek untuk pencegahan banjir?
Projek pencegahan banjir di bawah RMK-11 bagi peruntukan pembangunan Tebatan Banjir merangkumi 20 buah projek dalam perlaksanaan dan 33 buah projek dalam kajian rekabentuk.
-
Bilakah projek-projek pecegahan banjir akan dimulakan dan tarikh dijangka siap?
Sebanyak 33 projek pencegahan banjir sedang dalam kajian rekabentuk dijangka bermula pada penghujung tahun 2016 dan tarikh dijangka siap pada penghujung tahun 2018. Bagi projek-projek pencegahan banjir dalam pelaksanaan (sambungan dan baru) adalah sebanyak 20 projek dengan maklumat tambahan adalah seperti jadual berikut:-
BIL TAJUK PROJEK STATUS KEMAJUAN TARIKH MULA TARIKH SIAP 1. Kerja-kerja menaiktaraf Sungai Kedondong dan Kerja-kerja berkaitan Daerah Petaling Peyelarasan semula lot-lot rumah yang terlibat dalam jajaran sungai. 02.12.2015 31.05.2017 2. Projek RTB Kg. Melayu Subang Di Sungai Pelempas Dan Kerja – kerja Berkaitan, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan ( Fasa 1 ) Kerja-kerja pembersihan tapak sedang dijalankan. 13.04.2016 11.10.2017 3. Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Di Kawasan Sungai Kandis, Daerah Klang. Kerja-kerja pembersihan tapak sedang dijalankan. 13.4.2016 11.10.2017 BIL TAJUK PROJEK STATUS KEMAJUAN
TARIKH MULA
TARIKH SIAP
4. Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Di Kawasan Persiaran Hamzah Alang, Daerah Klang Kerja-kerja pembersihan tapak sedang dijalankan. 13.04.2016 11.10.2017 5. Kerja – kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Dalaman Kampung Pulau Meranti Serta Kerja – kerja Berkaitan, Daerah Sepang, Selangor ( Pakej 1 – Gred 4 )
Dalam pelaksanaan 21.10.2015 19.10.2016 6.
Menaiktaraf Ban, Borrowpit dan Kerja – kerja Lain Yang Berkaitan Di Sungai Sepang Besar, Daerah Sepang. Projek telah siap sepenuhnya. 23.7.2014 20.1.2016 7. Kerja – kerja Rancangan tebatan banjir Sg. Bernam serta kerja – kerja berkaitan Di Sg. Kg. Nilam – Kg. Paya Lebar dan Kg. Sg. Sentang. Mukim Hulu Bernam, Daerah Hulu Selangor.
Projek telah siap sepenuhnya. 07.01.2015 24.05.2016 8. Projek membina sebuah Arch Culvert dan kerja-kerja berkaitan di Sg. Batu Tiga, Daerah Petaling. Kerja-kerja membina ‘abutments arch bridge’ sedang dijalankan.
23.07.2014 21.07.2015 9. Kerja membaikpulih struktur utama Sg. Rasah dan kerja-kerja berkaitan di I-City/ Plaza Tol Sg. Rasah, Daerah Klang
Kerja-kerja membina ‘concrit wall’ dan membaiki tebing sedang dijalankan.
29.05.2014 17.09.2015 10. Kerja membina lencongan dari Sg. Rasah ke Tasik Ladam Sg. Klang dan membina rumah pam di Kunci Air Tasik Ladam Padang Jawa dan kerja-kerja lain yang berkaitan.
Kerja-kerja membina rumah pam dan rumah TNB sedang dijalankan. 19.11.2013 18.05.2015 11. Membina dan menyiapkan sebuah kolam takungan dan kerja-kerja berkaitan di Bukit Bandaraya, Daerah Petaling. Projek telah siap sepenuhnya. 23.7.2014 21.04.2015 12. Kerja menaiktaraf sistem saliran Kg. Air Kuning dan kerja-kerja berkaitan di Plaza Tol Sg. Rasah Daerah Klang.
Projek telah siap sepenuhnya. 24.12.2014 10.06.2015 13. Membekal, menghantar, memasang, mengujijaya dan mentauliah pam skru archimedian untuk JPS Selangor. · Kerja Telah siap
14. Cadangan tebatan banjir di Jalan Sungai Rasah dan padang Jawa, Daerah Klang. (Mengantikan jambatan di atas Sungai Rasah di KM 5.6)
· Dibawah seliaan dan pemantauan JKR
15. Rancangan tebatan banjir kawasan Kg. Sungai Serai, Mukim Hulu Langat. EOT No.3 : Kerja- kerja membina ‘capping beam’ sedang dijalankan. 25.1.2015 24.05.2017 16. Menaiktaraf Ban, Borrowpit dan Kerja – kerja Lain Yang Berkaitan Di Sungai Sepang Besar, Daerah Sepang
Projek telah siap sepenuhnya. 23.7.2014 20.1.2016 17. Kerja Menaiktaraf Parit Utama Serta Kerja – kerja Berkaitan Di Kampung Tengah, Mukim Petaling, Daerah Petaling
Projek telah siap 31.10.2014 30.06.2016 18. Kerja – kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Di Kawasan Kampung Johan Setia, Daerah Klang.
Projek telah siap sepenuhnya. 26.6.2014 11.11.2015 19. Projek Tebatan Banjir Di Kampung Teluk Menegun, Daerah Klang. Projek telah siap sepenuhnya. 31.10.2013 30.04.2015 20. Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Sungai Kubu, Mukim Kuala Kubu Bharu, Daerah Hulu Selangor.
Projek telah siap sepenuhnya. 01.07.2014 02.11.2015