Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
256) PROJEK PENCAWANG MASUK UTAMA (PMU) TNB
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan usaha-usaha Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan bantahan rakyat terhadap projek PMU TNB sejak 2008.
a) dan b)
Secara dasarnya MDHS telah meminda laluan rentis TNB dari Tapah ke Bentong dengan beberapa pindaan yang telah dipersetujui oleh MDHS dan TNB. Pindaan – pindaan tersebut adalah berdasarkan kepda keperluan bagi memelihara produk pelancongan daerah Hulu Selangor serta kawasan sensitif alam sekitar di Hulu Selangor.
Kini pihak TNB sedang dalam proses untuk pengukuran semula laluan yang telah diubah setelah selesai proses ukuran cadangan imi akan di kemukakan semula kepada pihak MDHS untuk mendapatkan kelulusan.
-
Adakah Kerajaan Negeri bersetuju dengan cadangan daripada pihak MDHS untuk mengubah laluan projek PMU Ayer Tawar ke PMU Bentong (S) yang melibatkan Daerah Hulu Selangor?